Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
20 Rabiul Akhir 1433
Astaghfirullahala'zim,Astaghfirullahala'zim,Astaghfirullahala'zim..
Saya sedar saya tak istiqamah dalam menulis. Kenapa? Sebab saya terlalu leka dengan kehidupan seharian sampai tak ada kesempatan mahu meluangkan sedikit masa untuk menulis. Kadang-kadang saya menulis, dan apabila hendak click publish post, saya cuba berulang-ulang kali membacanya kembali, dan terdetik dalan hari saya, "apa yang aku tulis ni, macam mengarut, merapu je, ayat pun tak best". Katanya kak Naqlis (housemate saya), syaitan tu akan sentiasa berusaha menghasut manusia dengan cara apa sekali pun. Bisikan-bisikan jahat syaitan lah yang selalunya menghalang manusia daripada melakukan kebaikan. Walau pun hakikatnya, apa yang saya tulis itu adalah sekecil-kecil nasihat, peringatan, atau luahan. Jazakillahu khoyr kak Naqlis atas nasihat. Alhamdulillah.
" Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus."
"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur
(Al-A'raf:16,17)
Nota 2 : InsyaAllah, saya berazam untuk tulis paling kurang satu entry seminggu.Doakan saya istiqamah ye sahabat-sahabat.
Nota 3 : Doakan saya berjaya ^______^
-nik_ina-
0 comments:
Post a Comment