Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Friday 23 March 2012

Saya Mahu Jadi Seperti Dia

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 


Assalamualaikum w.b.t


30 Rabiul Akhir 1433 H.


Alhamdulillah, baru je balik dari exam Physiology. Retake exam sebenarnya, selepas percubaan kali pertama tak berapa berhasil, masih diberi peluang kali kedua. Alhamdulillah juga untuk itu. Aduh, kepala masih pening-pening lalat. Kurang tidur barangkali. Oh, rasanya tidak. Mungkin kerana sel-sel otak penat bekerja. Ya, itu mungkin. Jangan tak tahu, saya tak pernah mengalami masalah kurang tidur. Terlebih tidur pasti!

Alhamdulillah, diberikan kesihatan yang sangat baik, bebas dari segala demam, selsema, batuk-batuk, dan lain-lain yang mungkin akan menghalang saya daripada menelaah buku-buku, nota-nota, dan presentation slides yang mana mungkin mampu dihabiskan dalam jangka masa yang pendek.

Alhamdulillah, dipinjamkan Allah s.w.t dengan kekuatan yang  luar biasa seminggu dua ini. Kekuatan yang mendorong saya membuka buku, mengulang kaji, menghafal  isi-isi penting, dan membolehkan saya mengaitkan satu fakta dengan fakta yang lain. Sesuatu yang susah nak buat pada hari-hari biasa, hari tanpa exam maksud saya.Alhamdulillah, diberikan Allah s.w.t dengan ilham dan idea sehingga saya mampu menyudahkan semua soalan sehingga akhirnya answer sheet saya selamat sampai ke meja professor. Betul atau salah,pass atau lulus itu belakang kira. InsyaAllah, pasti dapat apa yang terbaik untuk iman dan mudah-mudahan Allah Redha. Itu yang utama.

 Alhamdulillah, untuk satu proses yang saya rasakan cukup sempurna dan menarik. Mampu mendidik saya menjadi muslim yang bersungguh-sungguh. Mengajar saya erti tak kenal penat lelah. Membimbing saya menjadi muslim yang tak pernah putus asa. Memberi saya makna penyerahan yang menyeluruh kepada Yang Berkuasa. Subhanallah, sesuatu yang tak mampu ditafsirkan dengan kata-kata.

Seminggu dua ni, saya  punyai  satu kesedaran. Kesedaran mengenai betapa pentingnya umat Islam  perlu mendahului umat-umat lain di dunia. Ha, Alhamdulillah ya Allah untuk kesedaran ini.

Saya ada seorang groupmate lelaki, dari Sweden. Dia, seorang yang sangat saya kagum pencapaiannya dalam pelajaran. lulus dengan cemerlang dalam semua exam. Sangat luar biasa saya rasakan. Saya selalu tertanya-tanya, “macam mana lah mamat ni study, boleh ingat sebijik-bijik seperti dalam buku. Hafal berangkali.” Disebabkan oleh kegeniusan mamat ini, saya selalu mengharapkan dia lah yang akan menjawab soalan-soalan dan pertanyaan  yang diutarakan oleh lecturers di dalam kelas, especially kelas Biochemistry, yang menuntut setiap pelajar untuk aktif dalam kelas. Kalau tak nanti, cikgu akan upset, dan semua akan dimarahari, lantas semua akan dihalau keluar. Hehehe.

Sampai lah timbul kesedaran ini. Saya merasakan tidak patut saya ‘mempergunakan’ kawan saya itu untuk kepentingan peribadi say. Oh, begitu yer. Ya, begitu lah. Yang jelasnya, tak membawa keuntungan sedikit pun, malah menbuatkan saya jauh ketinggalan di belakang. Oh, Alhamdulillah ya Allah, kerana saya berpeluang belajar  sesuatu dari lelaki ini. Yeay……..


Pernah sekali dalam kelas Imunnology, kelas yang menuntut setiap pelajar untuk prepare before kelas, saya ditanya lecturer.Ditanya soalan berkait dengan topik untuk kelas minggu sebelumnya.Erk, saya prepare untuk kelas minggu ni je, minggu lepas tu tak sempat nak baca sangat. Hehehe. Dan, sedihnya, saya tak mampu nak menjawabnya seperti yang dimahukan cikgu.  Huh, seriously, saya rasa sedih. Sedih sebab saya fikir, saya dah menunjukkan  sikap muslim yang "tak productive". Not because I'm a Malaysian ok. Erm, macam tu lah..... :)


Buat sahabat-sahabat yang dikasihi,

Ya,kita pelu berubah. Berubah menjadi insan yang mempunyai wawasan dan cita-cita hidup yang jelas. Dengan wawasan dan cita-cita ini, kita perlu membina azam yang tinggi untuk mencapainya. Perlu berusaha gigih, tanpa kenal putus asa, dan jangan pernah menyerah kalah. Tak akan ada yang mampu mengubah hidup kita, selagi mana kita tak bertindak mengubahnya dengan tangan kita sendiri. Jangan bimbang tersungkur di tengah jalan, kerana Allah s.w.t. ada untuk kita berpaut dan bergantung pada-Nya. InsyaAllah.

“…Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah  keadaan  sesuatu kaum  sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri…..”   (13:11)


Saya suka kata-kata ni:


"Jangan biarkan hidup sehari berlalu tanpa menyumbang apa-apa kepada Islam" – Al marhum Ustaz Fadzil Noor


Ayuh, kita sama-sama......

Nota 1 : Jom jadi hamba yang bersyukur!!!

Nota 2 : Saya dalam usaha nak jadi sahabat yang baik, supportive, ikhlas,penyayang, pemurah dan mulia. Sporting pun, boleh lah. Tapi kalau dah awak buat salah disisi Allah, saya tak ada nya nak sporting- sporting ni.

Nota 3 : Oh, ye. Buat sepupu saya Farah Syuhada, tahniah atas kejayaan dalam SPM. Kak long dah lama tak jumpa awak, mudah-mudahan umur kita panjang, boleh bersua lagi InsyaAllah. Moga dipermudahkan segala urusan awk.


Nota 4 : kesedaran tu datang dari Allah melalui ini , DR. ZAIN

Nota 5 : Doakan saya CEMERLANG !!!

0 comments:

Post a Comment