Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Wednesday 23 November 2011

aA + bB equal to....

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

(27 Dzulhijjah 1432H).

Faktanya adalah saya seorang peminat novel tahap bila baca tak ingat dunia. i can read novel non stop the whole night. dah biasa sangat macam tu bila novel ada kat depan mata, konon-konon tak boleh lepas lah kan. the worst thing that, saya sanggup habiskan baca novel tu time cikgu tengah mengajar dalam kelas sekalipun. very bad student kan. seriously, i did it since when i was in form One. siap kena tegur dengan budak laki dalam kelas lagi. tadi dalam kelas philosophy pun. i did, i do..eish, ni ke so called budak medic eh? ok, jangan tiru yer kawan-kawan..

Bukan nak cerita pasal my bad habit tu ok. tapi nak share one keep in mind message from "aA + bB" by Hlovate. By the way, i'm falling in love with all her/his writtings. so, here's the message :

"...bagi seorang Muslim, kita seharusnya yakin yang apa saja yang berlaku itu adalah ketentuan Allah yang terbaik untuk kita..."

"...dari hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Iman Bukhari, Rasulullah bersabda yang Allah telah berfirman bahawa ganjaran untuk hambaKu yang taat kepadaKu, apabila aku tarik sahabatnya atau saudaranya dari muka bumi ini ; yakni mati, dan dia menerimanya dengan sabar kerana aku, memang syurgalah yang menantinya. Maknanya Allah dah berjanji siap-siap, apabila berlaku musibah yang sebegitu, maka bersabarlah. Syurga menanti. Tapi, tak boleh juga waktu berlaku kemalangan itu, kita menangis macam kena histeria, lepas tu baru nak kata "aku bersabar". Tak jadi macam tu...."

"....sebagai contoh, seorang sahabat saya pernah kehilangan anaknya yang kedua ketika itu masih dalam kandungan...."

"....namun, apa yang sahabat saya dan isterinya katakan sewaktu menghadapi musibah itu memang terkesan dihati saya. Innalillah wa inna ilaihi raji'un. Allah lebih mengetahui daripada yang kita tak tahu. .."

"...dan sahabat saya ini juga ada menyebut pada saya. Dia redha dengan ketentuan itu, kerana yakin Allah tahu apa yang terbaik. Jika anak itu lahir, mungkin tidak akan menjadi anak yang baik....maka dia reda anak itu berjumpa Tuhannya dalam keadaan fitrah yang masih suci. Dan dia juga kata mungkin Allah tidak memberinya anak itu kerana dia dan isteri belum boleh menjadi ibu bapa yang baik kepada anak itu... kita perlu sentiasa fikir, Allah tak kan jadikan sesutu dengan sia-sia."

Nah, itu dia apa yang saya mahu kongsikan. Sebenarnya part ini adalah part di mana si hero dalam novel tu (Benz Alif) mendengar ceramah dari seorang Ustaz kat radio. untuk versi penuh, sila beli novel tersebut ok. 

Jadi yer kawan-kawan yang saya kasihi sekalian, Allah juga berfirman yang maksudnya:

"....Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tak mengetahui. "
(2:216)

Katanya saya, dalam hidup seharian kita, kita merancang apa yang kita nak lakukan sepanjang hidup, Allah juga merancang, tetapi Dia adalah sebaik-baik, the best planner forever. Tak boleh sedetik pun rasa kecewa, marah, tak puas hati dengan ketentuan yang telah ditetapkan olehNya. contohnya, bila kita fail exam, kita mesti rasa sedih, terkilan dan frust kan. tapi sebaiknya kita fikir mungkin itu yang terbaik untuk kita pada waktu itu. sebab mungkin dengan study balik untuk exam tu, akan kurang waktu kita dengan perkara-perkara yang melarakan. contohnya, facebook, tengok movie, chatting, main games, BACA NOVEL JIWANG!

So,the keep in mind and leave this blog message kamu dan saya adalah :

Berlapang dada lah dengan setiap ketentuan dan percaturan yang telah telah tertulis termaktub di luh mahfuz untuk kita, selalu ingat setiap baik buruk perkara yang berlaku adalah yang terbaik untuk kamu dan saya pada ketika itu. La tahzan!!!

(2:216)
Koleksi novel saya. Nah, kalau suka buat apa-apa sekalipun, jangan lupa ambil ibrah yakni pengajaran dari setiap apa yang kita buat itu yer (^_^)


Saturday 19 November 2011

This is a random post.

Alhamdulillah, hari ni berkesemptan mengikuti kelas agama kanak2 muslim kat polish. Sempat jugak masuk satu kelas di mana kanak-kanak ni diajar tentang solat, azan dan perkara2 basic tentang islam. Kebanyakkan kanak2 dalam kelas ni ialah anak2 polish dimana bapa atau ibu mereka yang memeluk islam dan berkahwin dengan orang arab atau turki. insyaAllah, rasanya macam tu lah.


Semayang jemaah sama2.


Salah seorang pelajar tengah praktis azan.





    












jadi, minggu depan saya yang akan bertugas ajar budak2 ni mengaji Al-Quran. InsyaAllah, walaupun tak besar sangat sumbangan mengajar anak2 ini, tetapi berharap sangat ianya mampu mendekatkan diri mereka dengan Al-Quran. Ya Allah, moga saya terus istiqamah mudah2an. amin...

Ayuh jadi wanita super ^_^

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

(23 Dzulhijjah 1432H).

Menyedari hakikat sebenar bahawa diriku ini bukanlah seorang yang sempurna dalam bab agama, malah merasakan diriku ini ialah seorang muslimah yang masih merangkak dalam memperbaikki diri menjadi seorang yang solehah, yang masih lemah melawan nafsu-nafsu yang hadir, tetapi sesungguhnya ketahuilah bahawa aku mengakui dosa-dosaku ini dan memohon supaya  diampunkan oleh Allah s.w.t. Cuma, ingin ku sampaikan apa yang terlintas di fikiran danapa terdetik dihatiku untuk renungan sahabat-sahabat dan peringatan diri khususnya. InsyaAllah.

saya percaya secara fitrahnya semua wanita muslimah menginginkan akan kebaikan untuk diri mereka. mahukan diri mereka sentiasa sempurna dalam segala aspek kehidupan. walaupun hakikatnya, ramai yang tidak mengerti bahawa kebaikan yang sebenar dalam diri seorang muslimah adalah dengan mentaati segala perintah dan suruhan Allah s.w.t. Perasaan dan kemahuaan saya sendiri adalah ingin menjadi wanita solehah, wanita yang sentiasa mentaati segala titah perintah Allah, wanita yang sama-sama berjuang menyampaikan syiar Allah, seperti saiditina Khadijah yang sanggup berkorban harta benda Fii sabilillah, sehebat saiditina Aisyah dari segi ilmu pengetahuannya dan seperti wanita-wanita lain dizaman Rasulullah s.a.w secara keseluruhannya lagi. 

Firman Allah s.w.t :

"...Maka perempuan-perempuan yang soleh, adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga (mereka)...."
(4:34)

Wanita solehah itu auratnya dijaga, pergaulan dipagari, sifat malu menjadi perisai diri.Wanita solehah tidak bangga dengan kecantikan paras rupa, kerana kecantikan dalaman yang menjadi jagaannya yang utama.Wanita solehah tidak bangga dengan ilmu duniawi yang dikuasai, kerana ilmu ukhrawi yang dikejari. Wanita solehah tidak berdukacita atas kekurangan dirinya, kerana yakin itu merupakan takdir Ilahi. Wanita solehah tidak risau akan jodohnya, kerana yakin pada janji Allah s.w.t. Wanita solehah sentiasa bersyukur diatas apa yang ada, kerana usaha mendapatkan redha Ilahi lebih diutamakan.Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa. Akal mengatakan wanita cantik dengan ilmu yang dimilikinya. Hati mengatakan wanita cantik pada akhlaknya.

Subhanallah, bila hati ini berkobar-kobar dengan semangat ingin menjadi super solehah, menjadi yang terbaik di mata dan pandangan Sang Pencipta, maka saat dan ketika itulah juga hadirnya Sang Penggoda menghasut dan menbisikkan ke dadaku akan perkara mungkar yang akhirnya membuatkanku membuka pintu Qalbi (hatiku) untuk menyerah kepada nafsu yang hadir didalam diri. Tetapi ketahuilah wahai pemilik hatiku, sesungguhnya aku tidak pernah berputus harap dengan Rahmat dan Keampunanmu, ketahuilah sesungguhnya aku menyesal diatas segala dosa-dosaku itu. Wahai Pemegang hati dan nyawaku, maka, aku memohon dariMu Ya Allah akan kekuatan untuk aku sentiasa berpegang teguh dengan iman dan taqwaku ini. Jika aku tersungkur untuk kesekalian kalinya, aku pohon ke padaMu, jangan kau lari tinggalkan ku kerena aku sentiasa mahukanMu. 

Wahai hatiku, bila aku mengeluarkan ikrarku kepada Allah untuk menjadi wanita super solehah yang dipandang mulia kerana bijak dengan ilmu Allah,cantik dengan akhlak mulia, indah dengan budi pekerti, sehingga menjadi penyejuk hati pada yang memandang, aku benar2 mahukannya. SubhanAllah! Aku ingin yang sentiasa mengambil peduli tentang agama dalam setiap urusan hidup, yang di dalam hati sentiasa ada nama Allah s.w.t dan sentiasa mengamalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Ayuh sahabat-sahabat sekalian, kita mulakan dengan berdoa kepada Yang maha Berkuasa dengan menohon kekuatan dan semangat untuk memulakan langkah baru sebagai muslimah yang solehah. InsyaAllah..




Friday 18 November 2011

-------

Bismillahirrahmanirrahim.

kecewa dengan diri sendiri. Astaghfirullaha'zim..sangat banyak perkara yang perlu diperbetulkan balik.


Friday 11 November 2011

Waiting For The Call

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

(14 zulhijjah 1432).

I've found this video when i first stalked one people on HER facebook wall, and yeah i do like the song damn much. if there's a person called him or herself as a muslim but don't like this song, i just can say nothing! because, a friend of mine who is buddhist did like this song while it was playing on my laptop. 



it was this phase when she said this song is nice ^_^


I was just like speechless when she said that because she didn't even understand what it's all about. Subhanallah ^_^




Friday 4 November 2011

Lagu untuk Mak

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


(08 zulhijjah 1432).


I'm missing  my mom so much that i want to dedicate this song to her.




Seorang Wanita
Bermahkota Ibu
Menggenggam Jari-Jari Kecil
Ikatan Ini Tidak Kan Terurai
Kerna Tautan Ini
Tautan Darah dan Akidah
Dan Rahmat Dari Allah

Kini Ibu
Peganglah Tanganku Ini
Biar Kubawa
Ibu Menjelajah
Hasil Titik Peluhmu
Biar Kubawa
Kealam Ku
Hasil Ukiranmu
Selama Ini

Dodoianmu Ibu
Membina Benteng Pemisah
Antara Yang Hak Dan Yang Batil
Membakar Semangat Perjuangan
Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta
Tersujud Lemah
Mengabdi Diri
Kepada Yang Esa

Jika Belum Pernah
Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku
Ketahuilah Doaku Ini
Moga Tuhan Menyayangimu
Sepertimana Kau Mengasihiku
Dari Dulu Hingga Kini
Untuk Selama-Lamanya

Ayuh kawan-kawan, sama-sama kita meluahkan rasa kasih sayang dan cinta kepada ibu-ibu kita dikala masih di beri peluang oleh Allah sehingga saat dan detik ini.







Sunday 30 October 2011

Saya mimpi "dunia nak kiamat".

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


(03 zulhijjah 1432).


Malam tadi saya mimpi dunia nak kiamat.  Dalam mimpi tu, saya tengok matahari terbit sebelah barat.   Suasananya kelam kabut sangat, tapi sempat lagi saya ajak ahli keluarga saya lari selamatkan diri. 
Mungkin kiamat yang saya mimpikan tu, keadaannya tidaklah seteruk yang diceritakan dalam Al-Quran, tapi saya amat pasti perasaan saya ketika itu sangat-sangat takut, takut memikirkan dosa-dosa yang belum disettlekan dengan  Allah s.w.t. , dan kalau boleh saya minta dilambatkan datangnya kiamat itu supaya saya boleh sujud memohon keampunan diatas dosa-dosa yang pikul. 


Kata orang mimpi tu mainan tidur. tapi, mimpi datangnya kiamat ni, saya tak anggap ianya sebagai mainan semata2, tetapi satu peringatan dari DIA kepada saya. 


"(Ingatlah) pada hari (ketika) setiap jiwa mendapatkan (balasan) atas kebajikan yang telah dikerjakan dihadapkan kepadanya, (begitu juga balasan) atas kejahatan yang dikerjakan. Dia berharap sekiranya ada jarak yang jauh antara dia dengan hari itu. Dan Allah memperingatkan kamu akan diri(siksa)-Nya. Allah Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya.
(3:30)

InsyaAllah,saya harap mimpi tu sebagai  tanda sayang Allah pada saya dalam mengingatkan saya akan tanggungjawab saya sebagai khalifah dan hamba-Nya. 


“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan)”.
(Surah Ali Imraan [3] : 193 )

Monday 19 September 2011

Ini Masanya....

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

(21 Syawwal  1432 H).

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Syukur alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t. untuk terus hidup di atas muka buminya dengan nikmat kesihatan yang baik, masih punyai peluang untuk terus mengejar ganjaran-ganjaran pahala buat bekalan akhirat kelak.

Alhamdulillah, dalam sehari dua ni, saya banyak menjenguk blog-blog yang sangat bermanfaat, semacam blog-blog itu seperti satu kelas ilmu yang sangat berguna. Alhamdulillah, sangat banyak blog-blog kepunyaan akhwat wa ikhwah yang telah mendapat tarbiyyah. Subhanallah, terasa diri ini sangat kerdil jika dibandingkan dengan mereka. Namun, perasan itulah yang membuatkan saya berUSAHA untuk terus memperbaiki diri menjadi yang lebih baik dari semasa ke semasa. InsyaAllah. Dipanjatkan setingi-tinggi kesyukuran kepada Allah Azza Wa Jalla kerana menghadirkan kesedaran dan hidayah kepada saya untuk berada dalam bia'h tarbiyyah selama mana saya berada di bumi Poland ini. Alhamdulillah. 

Saya tertarik dengan satu slogan yang saya jumpa dalam satu blog, "Campus life is all about dakwah & study. There's no time to be wasted". Subhanallah, terus membuatkan saya berfikir apa yang telah sia-siakan selama setahun bergelar mahasiswi. Saya recall balik apa yang telah ditempuhi dalam tempoh ini. Astaghfiruulahala'zim, it's not only dakwah and study, tapi banyak  sangat perkara lara yang lain dalam hidup saya selama ini. Tapi, alhamdulillah, rasanya tidak terlambat lagi untuk  saya duduk, berfikir, dan merancang dengan sebaiknya untuk sesi campus life yang baru. InsyaAllah. Saya percaya, sekali kita CUBA untuk berubah dan meninggalkan kehidupan jahiliyyah kita, kita tak akan pernah mengalah untuk bangkit buat kesekalian kalinya pada masa-masa akan datang andai kita tersungkur dan rebah dipertengahan jalan. Kerana, kita tahu iman dan motivasi kita akan turun dan naik sepanjang masa. Tapi, kita kena pastikan turun naik iman kita itu bukan ditakuk lama. 

Jom rakan-rakan, sama-sama kita jadikan CAMPUS LIFE  kita bukan hanya untuk mengejar segulung ijazah, tetapi juga sebagai satu platform untuk kita mengejar REDHA dan RAHMAT Allah s.w.t. InsyaAllah.
Afwan diatas segala kekurangan.

Jazakillah khoyran katheera.


It's not all about study, study, and study!!!



Saturday 17 September 2011

Kisahnya Ainul Mardhiah.


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(19 Syawwal  1432 H).

Jadilah bidadari di syurga...♥♥♥ Ainul Mardhiah ♥♥♥

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik


Kisah Sejarah Ainul Mardhiah...(bidadari syurga)

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......Ainul Mardhiah bermula disini

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama.... Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah Ainul Mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW... tapisekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada Nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar... benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....

Wallahu wa'lam...



Friday 16 September 2011

Great People


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(19 Syawwal  1432 H).

Pukul 12.17 pg di Warsaw, Poland. tapi tak boleh nak terlelap. macam-macam berlegar difikiran. Moments lampau, kehidupan sekarang, dan masa depan. Akhirnya, bangkit dari katil, mengadap laptop sambil makan biskut raya. What a life!!! 

Then, singgah dari satu blog ke satu blog yang lain. I do love reading blogs especially blogs belong to the great people. Blogs that feed me with the strength  of iman, i mean. saya adalah jenis orang yang lebih mudah dipengaruhi melalui pembacaan daripada pendengaran. But, listening to the great words of advice by some people (great people of course) can still influence me a lot. ooo, i do love great people!!

I want to live tomorrow as a better and greater person than i'm today inshaAllah.



Thursday 15 September 2011

Satu Kisah


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(17 Syawwal  1432 H).

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Disaat kita bergembira dengan kehidupan kita, bersoronok dengan teman-teman dan kawan-kawan kita, ada dikalangan hamba-hamba Allah yang lain diuji dengan ujian yang sangat besar. Mereka diuji dengan masalah kebuluran, kemiskinan, dan ada juga yang diuji dengan kesakitan. Memang semua manusia tidak terlepas dari masalah hidup, cuma yang membezakan kita adalah kecil atau besar masalah tersebut. Semalam, a facebook friend of my mine have posted a link which lead me to this :
             

Then, to this : 


Subhanallah, saya sedih sangat bila baca kisah mereka. Moga Allah sentiasa memberikan ketabahan dan kesabaran kepada mereka sekeluarga. InsyaAllah. Saya terfikir, macam mana agaknya bila saya yang ditimpa ujian berat itu. Mampukah saya bersedia untuk menghadapinya, di saat Allah turunkan ujian itu ketika saya sedang menikmati kehidupan ini dengan nikmat kesihatan yang baik? Astagfirullahala'zim. saya jadi takut kerana saya tidak merasakan saya menggunakan masa sihat saya sekarang dengan sebaiknya. Saya masih mampu begelak ketawa dengan teman-teman, menonton movies, melayan facebook, bershopping tak ingat dunia, seolah-seolah maut itu tersangat jauh untuk sampai. sangat teruk!! seolah-olah peringatan dari TUHAN tak sampai kepada mu. 

"Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu mahu dustakan?"
(Ar-rahman :13)

Moga Allah sentiasa pelihara iman kita supaya kita adalah mereka yang menggunakan nikmat sihat ini untuk mengejar pahala akhirat sebelum datangnya sakit dan sebelum mati itu menjemput.

Mati itu pasti!!!

Saturday 10 September 2011

Somalia Needs Our Help


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(12 Syawwal  1432 H).


Ayuh menyumbang harta dijalan Allah.



"Perumpamaan (infaq yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, adalah seumpama sebuah biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap tangkai itu berisi seratus biji. Dan Allah melibatgandakan bagi siapa yang dikehendakin-Nya, dan Allah Maha luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui. Orang yang menfakahkan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak diiringinya apa yang dinafkahkan itu dengan menyebut-nyebut pemberian dan yang menyakiti hati, mereka diberi pahala disisi Tuhan mereka. Dan tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak mereka berduka cita."
(Al-Baqoroh (2): 261-262)
Sedih melihat mereka ya Allah.


Thursday 30 June 2011

Big Smile (*_*) to you.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(30 Rajab 1432 H).

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...

Hari yang memenatkan+menguji kesabaran+letih mental.
Astaghfirullahala'zim, saya merasakan saya begitu cepat melatah bila mana Allah jentik sedikit sahaja ketenangan  hidup saya hari ni bila mana Allah S.W.T uji saya dengan kesulitan dan ketenteraman jiwa. Yang menyebabkan saya rasa sangat terganggu, sangat runsing, sangat sedih sehingga saya melupakan bahawa kehidupan di dunia hanyalah senda gurau dan kehidupan di akhirat sana lah yang kekal abadi. 
Astagfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah...
Moga saya dikuatkan iman dan taqwa...Ameen...


 "Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya diri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya,sekiranya mereka mengetahui."                           (29:64)
Give  a very big smile to the problem.. And say "hey, big problem, Allah is Sufficient for us! Most Excellent is He in Whom we trust!
 p/s : Doakan perjalanan pulang saya ke Malaysia dipermudahkan Allah S.W.T dan moga perjalanan itu diberkahiNya.