Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Wednesday 23 November 2011

aA + bB equal to....

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

(27 Dzulhijjah 1432H).

Faktanya adalah saya seorang peminat novel tahap bila baca tak ingat dunia. i can read novel non stop the whole night. dah biasa sangat macam tu bila novel ada kat depan mata, konon-konon tak boleh lepas lah kan. the worst thing that, saya sanggup habiskan baca novel tu time cikgu tengah mengajar dalam kelas sekalipun. very bad student kan. seriously, i did it since when i was in form One. siap kena tegur dengan budak laki dalam kelas lagi. tadi dalam kelas philosophy pun. i did, i do..eish, ni ke so called budak medic eh? ok, jangan tiru yer kawan-kawan..

Bukan nak cerita pasal my bad habit tu ok. tapi nak share one keep in mind message from "aA + bB" by Hlovate. By the way, i'm falling in love with all her/his writtings. so, here's the message :

"...bagi seorang Muslim, kita seharusnya yakin yang apa saja yang berlaku itu adalah ketentuan Allah yang terbaik untuk kita..."

"...dari hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Iman Bukhari, Rasulullah bersabda yang Allah telah berfirman bahawa ganjaran untuk hambaKu yang taat kepadaKu, apabila aku tarik sahabatnya atau saudaranya dari muka bumi ini ; yakni mati, dan dia menerimanya dengan sabar kerana aku, memang syurgalah yang menantinya. Maknanya Allah dah berjanji siap-siap, apabila berlaku musibah yang sebegitu, maka bersabarlah. Syurga menanti. Tapi, tak boleh juga waktu berlaku kemalangan itu, kita menangis macam kena histeria, lepas tu baru nak kata "aku bersabar". Tak jadi macam tu...."

"....sebagai contoh, seorang sahabat saya pernah kehilangan anaknya yang kedua ketika itu masih dalam kandungan...."

"....namun, apa yang sahabat saya dan isterinya katakan sewaktu menghadapi musibah itu memang terkesan dihati saya. Innalillah wa inna ilaihi raji'un. Allah lebih mengetahui daripada yang kita tak tahu. .."

"...dan sahabat saya ini juga ada menyebut pada saya. Dia redha dengan ketentuan itu, kerana yakin Allah tahu apa yang terbaik. Jika anak itu lahir, mungkin tidak akan menjadi anak yang baik....maka dia reda anak itu berjumpa Tuhannya dalam keadaan fitrah yang masih suci. Dan dia juga kata mungkin Allah tidak memberinya anak itu kerana dia dan isteri belum boleh menjadi ibu bapa yang baik kepada anak itu... kita perlu sentiasa fikir, Allah tak kan jadikan sesutu dengan sia-sia."

Nah, itu dia apa yang saya mahu kongsikan. Sebenarnya part ini adalah part di mana si hero dalam novel tu (Benz Alif) mendengar ceramah dari seorang Ustaz kat radio. untuk versi penuh, sila beli novel tersebut ok. 

Jadi yer kawan-kawan yang saya kasihi sekalian, Allah juga berfirman yang maksudnya:

"....Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tak mengetahui. "
(2:216)

Katanya saya, dalam hidup seharian kita, kita merancang apa yang kita nak lakukan sepanjang hidup, Allah juga merancang, tetapi Dia adalah sebaik-baik, the best planner forever. Tak boleh sedetik pun rasa kecewa, marah, tak puas hati dengan ketentuan yang telah ditetapkan olehNya. contohnya, bila kita fail exam, kita mesti rasa sedih, terkilan dan frust kan. tapi sebaiknya kita fikir mungkin itu yang terbaik untuk kita pada waktu itu. sebab mungkin dengan study balik untuk exam tu, akan kurang waktu kita dengan perkara-perkara yang melarakan. contohnya, facebook, tengok movie, chatting, main games, BACA NOVEL JIWANG!

So,the keep in mind and leave this blog message kamu dan saya adalah :

Berlapang dada lah dengan setiap ketentuan dan percaturan yang telah telah tertulis termaktub di luh mahfuz untuk kita, selalu ingat setiap baik buruk perkara yang berlaku adalah yang terbaik untuk kamu dan saya pada ketika itu. La tahzan!!!

(2:216)
Koleksi novel saya. Nah, kalau suka buat apa-apa sekalipun, jangan lupa ambil ibrah yakni pengajaran dari setiap apa yang kita buat itu yer (^_^)


2 comments:

Lemonades Of Life said...

ohhh sangat rindu sinergi boleh takkk..hehe. awak ada banyak tak novel hlovate? saya mencari rooftop rant ni. huhu. rindu nak re-read. anyway, nice post dear. lagi2 kalau bab2 novel ni kann...hehe

0nlY_tRah said...

aA+bB..
buatkan trah termenung dan berimaginasi.
haha..
another nice entry dear.
:)

Post a Comment