Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Tuesday 22 February 2011

miss the latin class

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(19 Rabiulawwal 1432 H.)

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk  terus bernafas di bumi Poland yang cukup indah dan permai ni (bajet suka sangat kat Poland nie kan)
alhamdulillah sekali lagi sebab masih dalam keadaan beriman dan beragama Islam.
syukur.........

selepas lebih kurang sejam yang lebih menghadap laptop dengan membuka dan menutup itu dan ini ( menbuang masa dengan erti kata lain), terdetik dihati dengan ada baiknya kalau i update blog nie.
sepatutnya, pada waktu dan saat ini i berada dalam Latin class. tetapi malangnya, atas sebab yang tidak dapat dielakkan, i miss the class...ceritanya bermula, bila semalam i tukar i punya sim card kat handset, dan bila dah siap urusan penukaran, i set lah balik the time. so, hari nie at the time of 1 p.m(jam handset) i bersiap2 nk kelas latin (i.e.my first class for today). bile dah bersip2 segala, i pakai lah jam dan alangkah terkejutnya bila melihat jam ditangan sudah pukul 2 p.m( the class supposely at 1.30). so, mula gelabah dah ni. dengan tenaga yang ada, aku berlari-lari ke stesen metro, tapi nasib tak melebihi bila metro tak sempat dikejar,huh, boleh terputus nafas... melirik jam di tangan, pukul 2.10 p.m. Ah, tak sempat dah nie, nak smapi kat kelas ade lah lebih kurang 20 mins, bila sampai kat kelas mesti dah pukul 2.30.kelas habis pukul 3 p.m...macam tak berbaloi pulak...so, i balik la semula kat rumah, sambil2 text to Taranjit(my classmate) to say sorry to the teacher...erm, so, esok kene ganti balik dengan class lain.....he3
tapi i percaya semua yang berlaku ada hikmahnya. maybe there's something behind this that benefit me.
mane la tahu, terjumpa orang2 mabuk ke kat tengah jalan tadi..sebab tu Allah plan i x pergi kelas hari ni...





Wednesday 9 February 2011

Wanita

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(06 Rabiulawwal 1432 H.)

salam a'laikum..hello2... tadi,i  google search tentang "tips nak hilangkan rasa mengantuk time study" dan tiba2 jumpa artikel nie....macam menarik je...jom layan~~~~~

19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita

pp00113
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s. w. t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s. w. t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s. w. t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s. w. t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s. w. t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s. w. t. dan orang yang takutkan Allah s. w. t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s. w. t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s. a. w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s. a. w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s. a. w, “Ibunya”.
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s. a. w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r. a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

Tuesday 8 February 2011

Dimana Kita Ditempatkan, Disitulah Hidayah Kita.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(05 Rabiulawwal 1432 H.)


Alhamdulillah3...syukur kehadrat ilahi atas segala nikmat yang telah dilimpah luahkan dariNya keatas kita.  Alhamdulillah juga sebab sekarang ni walaupun jauh di mata ayah bonda, aku masih seorang Islam dengan masih iman didada. Mudah2an ya Allah.


Semalam, aku dan roomates yang lain (Ain, Nina, n Shikin) pergi umah Kak Naqlis untuk berusrah. Alhamdulillah sekali lagi sebab aku terpililh untuk duduk sekali dengan diri yang sedang berusaha memperbaiki iman dan agama ni. Seriously, aku bersyukur sangat berada di antara mereka yang beriman ni. Kak Naqlis dan Kak timah. Mereka berdua insan yang sangat baik. aku bersyukur Allah hadiahkan mereka pada aku. Banyak sangat ilmu yang dikongsikan mereka dengan kami. (cita2 aku : nak juga jadi macam mereka)


Usrah semalam sangat best sebab banyak ilmu yang dapat. actually, memang macam tu. everytime usrah, memang rasa bersemangat semacam je. itu feeling yang paling aku suka. he3...best3.
suka  nak kongsikan dengan korang apa yang yerkesan dalam hati aku semalam: 
  • (9:24)
         " Katakanla h (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)"


 Subhanallah,....erm, ayat ni bagi tahu kita yang semua2 benda yang kita buat kat dunia kita kena     lebihkan urusan dengan Allah terlebih dahulu.  dan kita kena buat semua2 tu atas niat kerana Allah. memangkan kita tahu benda tu, tapi aku sendiri pun selalu je lupa.  Kak Timah bagitahu yang kalau kita buat
semuanya kerana Allah, nescaya kita tak akan letih. Ok,jom bayangkan yang kita study kerana Allah....so, kita tak akan letih dan rasa macam nak study je...oh, alangkah indahnya hidupkalau macam tu kan...

  • (2:208)  
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhan  dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."
  •  (29:45) 
"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."

Ops, terkedu sekejap bila Kak timah terangkan ayat ni.  Dia bagitahu yang sesetengah orang tu kita tengok bersolat, tetapi still buat kemungkaran, so, macam mana tu??. BOM!!! Macam ada batu je yang terhempap kat atas kepala ni. And terdetik lah kat hati ni, " ya Allah, tak diterima ke semua solat aku selama ni??? macam banyak sangat dosa yang terbeban di bahu ni....."takut sangat2 bila fikir balik.... 
insyaAllah, tu je yang nak disharekan.....semoga berguna untuk semua...
 Wallua'lam......
 p/s : if someone ask you sth, and you think that you don't know the answer, just say that you don't know.
    

Sunday 6 February 2011

Mukaddimah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(03 Rabiulawwal 1432 H.)

Alhamdulillah, tercapai juga hasrat untuk ada blog sendiri. dulu dah ada, tapi disebabkan masalah teknikal and emosi yang tak stabil beberapa ketika dulu, aku delete blog tu. eish, emo sangat kan aku ni. erm,tak tahu kenapa, tapi bila aku baca blog orang-orang lain, macam nak juga ada blog sendiri. so, buat la blog baru ni. at least, i can share something with my friends outside there and they can know what happen to me curently.insyaAllah, itulah harapannya.....

sekarang ni, tengah cuti semester, i.e. winter break for 3 weeks. subhanallah, astaghfirullah(istihgfar banyak-banyak nik amalina) i do nothing benefit during this winter break, neither in study nor in anything. see, how bad i'm. bukan nak lah mengutuk diri sendiri ok. cuma nak lepaskan geram je. hik3. but, at least i still can settle up my nursing training during this holidays.yippi~~~