Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Wednesday 6 April 2011

Faham Konsep.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(03 Jamadilawal 1432 H.)
Selalu saya ingatkan pada diri saya, "Amalina, faham konsep please, faham konsep." Konsep apa ni?? Konsep Medic?? Konsep Anatomy?? Konsep Study?? or Konsep perkahwinan?? no, they're not....but "Konsep kejayaan!!!!"  I've got to know this concept from usrah. Masih teringat lagi apabila mula2 mengenali konsep ini bila Kak Timah (Naqibah Usrah), bertanya :
 "korang rasa kejayaan yang korang dapat selama ni, berapa peratus di sumbangkan oleh usaha korang??nik??"
"50%..."
"no, its 0%"
"hah???tapi kan Kak Timah, Allah kan berikan ganjaran tu setimpal dengan usaha kita??"
"yes..tapi ganjaran apa?? ganjaran pahala!!!  ingat yer...Allah tak berikan pahala pada seseorang itu bila mana dia mendapat kejayaan atau tidak...tetapi Allah memberi ganjaran pahala itu bila mana dia sedang berusaha..klu lah kita kata, ada usaha kita yang menyumbangkan kejayaan, let's say 50%, mestilah secara tidak langsungnya, bila seseorang berusaha lebih banyak, lebih tinggilah possibility untuk berjaya kan?? tapi, korang pernah tak tengok orang yang berusaha nak mati, study siang malam, tapi bila exam, fail jugak???...and ada sesetengah orang tu, kita tengok tak study sangat, asyik tengok movie lah, tido lah, tapi bila exam, wow, result gempak giler....so macam mane???"
"a'ah kan...."
"so, buat apa nak study?? perlu ke study ni?"
"eh, mestilah....."
"sebab??"
"he3......"
"erm....perlu...sebab Allah nak tengok  setakat mana kita bersungguh2, nak tengok macam mana kita bekerja untuk dapatkan sesuatu tu. perlunya jugak berstudy dan berusaha ni sebab kita nak kutip ganjaran pahala dari Allah s.w.t dengan menjadikannya sebagai satu ibadat, bukan disebabkan  exam semata2.."
"he3, insyaAllah...."


Kejayaan dan kegagalan tu akan datang silih berganti sebagai satu nikmat atau rezeki dan ujian kepada kita. Sering kali saya mengingatkan pada diri diri saya, jangan terlalu melihat kejayaan itu sebagai nikmat atau rezeki, tetapi sebagai satu ujian untuk melihat sejauh mana saya bersyukur terhadap nikmat yang Allah berikan. Dan sering kali saya memujuk diri saya untuk tidak bersedih bila mana ditimpa kegagalan kerana kegagalan itu mungkin salah satu cara untuk Allah mentarbiah diri saya dengan kesabaran dan ketaatan saya padaNya.  Alhamdulillah untuk kemanisan kejayaan. bersyukur juga untuk tarbiyyah dari kegagalan...


Semalam, after retake session of Anatomy, saya bertanya kepada seorang kawan saya yang kena retake...

"Macam mana?? ok tak??"

"Alhamdulillah, ok...pass!!"

"Alhamdulillah..."

Allah bersabda :

"Dan tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya? Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan yang jelas bagi orang-orang yang percayakan (ilmu dan kebijaksanaan Allah)."                                                        (39:52)
Alhamdulillah, Allah telah melapangkan rezeki kepada kawan saya ini...
Dan saya juga terdengar seorang groupmate saya (Norway people) bertanya kepada kawannya..
"How was it?? Did you pass??"

"yeah, i'm so happy, i pass...i should proud of myself"
"yes, of course...you should..."

Mudah2an kita tidak termasuk dalam kalangan yang mengucapkan kata2 itu bila mana diberi nikmat kejayaan atau nikmat apa2 sekali pun..InsyaAllah....

"Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu)."



p/s : doakan saya semoga saya berlapang dada menerima result Sociology saya pada hari Jumaat ini dan semoga saya berusaha mengharapkan keredhaannya dengan study saya untuk exam Anatomy pada hari Selasa depan.TQ.