Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Sunday 6 May 2012

Bulatan gembira Ku

15 Jamadil Akhir 1433 H

Assalamua'laikum w.b.t

Akhwat fillah,
Biznillah, Alhamdulillah, liqa'at kita semalam, liqa'at membina iman, liqa'at menyingkap sirah nabawiah, liqa'at mengingatkan satu sama lain, liqa'at mengajak kita muhasabah diri bersama-sama. Subhanallah, bahagia. ^_^

Alhamdulillah, semalam kita berpeluang  mengubah setting background Bulatan Gembira kita. Kita berkumpul di taman yang hijau dan indah untuk membina satu taman syurga di dunia ini.



"...Ketika beliau keluar tiba-tiba beliau dapati para sahabat duduk dalam halaqah(lingkaran).
 Beliau bertanya, " Apakah yang mendorong kalian duduk seperti ini?"
Mereka menjawab, "Kami duduk berzhikir memuji Allah atas hidayah yang Allah
berikan sehingga kami memuluk Islam."

Maka Rasulullah bertanya, "Demi Allah, kalian tidak duduk melainkan untuk itu?"
Mereka menjawab, "Demi Allah, kami tidak duduk melainkan untuk itu."
Maka beliau bersabda, "Sesungguhnya saya bertanya bukan kerana ragu-ragu, 
tetapi Jibril datang kepadaku memberitahukan bahwa Allah membanggakan 
kalian di depan para malaikat."
(Hadis Riwayat Muslim, dr Muáwiyah)

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Tersengih panjang, duk bayang-bayang syurga.
>_<

Tentulah saja yang paling utama, Allah di hati kita sepanjang kita bersama semalam. Kita sama-sama baca surat cinta Allah dan sama-sama kupas isinya. Ada yang kita dapati, nikmat Allah s.w.t kepada hambanya terlalu banyak. Nikmat dalam berbagai bentuk. Tapi, mujur saja kita sedar bahawa Allah mengingatkan kita jangan berlebih-lebihan  dalam hidup. Innahu laa yuhibbul musrifin. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebihan. Dan ada juga daripada antunna mengingatkan kita bahawa darjat kita di sisi Allah s.w.t bergantung kepada sejauh mana usaha kita dalam melakukan apa yang DIA mahukan.

"Dan masing-masing orang ada tingkatannya, (sesuai) dengan apa yang 
mereka kerjakan. Dan tuhanmu tidak lengah terhadap apa yang mereka kerjakan. 
( 6 :132 )


Subhanallah, Maha Suci Allah. Akhwat fillah, terasa sedih memikirkan pencapaian diri dalam menyumbang di JALAN INI. Mungkin saja diri ini jauh ketinggalan daripada antunna sekalian. Sedih T_T. Namun, syukurlillah, masih juga antunna mengajak kita semua bermuhasah diri. Ya, insyaAllah, masih belum terlambat memperbaikki amal dan membina amal untuk kehidupan yang lebih baik di sisi Allah s.w.t.

Akhwat fillah, kita bertemu dan duduk bersama kerana Allah s.w.t. Kerana kita sedar bahawa pertemuan ini adalah perkara asasi yang kita sangat perlukan dalam hidup kita seharian. Mana mungkin ipad, smartphones, dan laptop kita mampu terus berfungsi tanpa perlu kita recharge battery nya. Nah, begitulah juga iman di hati kita. Pasti sahaja akan empty kalau kita tak bersama-sama dalam pertemuan ini.  Alhamdulillah. ^_^


Kak Quila :  If we struggle for Him ( Allah s.w.t.), EnshaAllah He will make our life easy.
Just give 100 % our life to Him. And we do have Him to depend on.


Jazakillah kak Quila.
InsyAllah, untill we meet again next week...



Nota 1 : Alhamdulillah, tahniah buat sepupuku  (Azuwan) dan isteri (Azilah) atas kelahiran baby girl yang comel itu. Na doakan baby tu jadi anak yang solehah insyaAllah, amin. Azilah tu kawan sekolah rendah saya. Sama umur! Aduh, jelesnya. Erk, tak ada motif saya citer kan >-<



Friday 4 May 2012

Jagakan mereka untuk saya.

13 Jamadil Akhir 1433

Assalamua'laikum w.b.t.

Sudah hampir 8 bulan rasanya saya tidak melihat wajah-wajah kesayangan saya. Wajah-wajah yang saban malam saya bayangkan sebelum melelapkan mata. Wajah-wajah milik mereka yang jauh nun di tanah air tercinta, Malaysia.

Kadang-kadang, jealous sangat bila saya tengok kawan-kawan serumah ber''skype"dengan keluarga masing-masing.Dan saya, hanya mampu mendengar suara-suara mereka dihujung talian. Tapi, selalu saya ingatkan diri saya, jangan sesekali mengeluh Amalina, bersyukurlah lah, at least still boleh call.  Ya, Alhamdulillah. :) senyum bahagia. ^_^

Saya tahu, ayah bukan tidak mampu untuk beli sebuah laptop, bahkan saya rasa berbuah-buah laptop ayah mampu beli. Tapi mak melarang keras ayah untuk membelinya. Sebab mak fikirkan adik-adik saya. Adik-adik saya yang masih lagi bersekolah semuanya. Mak tahu, kalau adanya laptop kat umah, adik-adik mungkin banyak menghabiskan waktu dengan ber''online''. Akibatnya, buku melayang ke mana, al-quran entah ke mana, masjid ditinggalkan terus. Lebih-lebih lagi mereka tu heroes. Mak cakap tunggu lah budak-budak tu besar sikit, baru mak suruh ayah beli satu sorang. Tapi, nak tunggu budak-budak tu semua besar, rasanya Na dah tamat belajar dulu la mak. huhuhu ^_^".

Minggu lepas, bila saya call mak, mak cakap adik saya dapat notebook. Sekolah bagi, siap dengan internet service lagi. Erm, apa lagi, suka lah budak-budak tu.

...................

Huh, mengeluh panjang saya -_-". Mak memang faham anak-anak dia. Pada saat ini, pukul 8 malam di Poland, dan pukul 2 pagi di Malaysia, salah satu hero saya masih berjaga. Erk, mcam mana saya tahu. Ni, tengah berbalas mesej dengan dia dekat facebook la ni.

Jauh disudut hati saya, ye saya bimbangkan adik-adik saya di sana. Zaman dimana internet membolehkan segala-galanya menambahkan kerungsingan saya. Saya takut. T_T. Ya Allah, lindungi mereka dari perkara-perkara mungkar.

Saya jadi tak sabar nak balik. InsyaAllah, dalam masa tidak sampai 2 bulan lagi kalau dipanjangkan umur.Tak sabar nak pantau mata mereka dengan mata kepala sendiri.  Tapi..
.........
........
........
........
........
........
.......
.......
........
.......
.......
........
........
........
........
.........

Saya teringat. Saya ada ALLAH. Saya boleh minta DIA jagakan mereka untuk saya. Saya boleh  minta DIA pelihara mereka. Saya boleh minta DIA jadikan adik-adik saya, mereka yang soleh dan solehah. Malah, saya boleh minta ALLAH satukan kami ke syurga sekalipun. Ya, ALLAH ada. DIA ada untuk saya.

Hakikatnya, saya RINDU mereka semua.

Kasihani mereka ya Allah.






Adik(kiri)  dan sepupu



Saya mahu bersama mereka hingga ke syurga insyaAllah.

Nota 1 :  Saya cuba mahu jadi kakak yang terbaik untuk mereka walaupun kadang-kadang pening dengan karenah mereka.

Nota 2 : Saya happy sebab insyaAllah saya akan jejakkan kaki di Malaysia pada  29.06 dan pada 30.06 adalah befday mak saya. hehehe.

Sunday 29 April 2012

Welcome Spring or Perhaps Summer ^_^

Assalamua'laikum w.b.t


Musim bunga di Poland. No, bukan. Musim panas barangkali. Ya,mungkin. Maha Suci Tuhanku, panasnya berbahang-bahang. Memeningkan kepala. Membuatkan mata berpinar-pinar.  Seringkali keluar dibibir semenjak 2,3 hari ni, "Ya Allah, panasnya." 


Astaghfirullahala'zim..
Itu mengeluhkah?? Ya, boleh jadi saja. Kita, yang bernama manusia kan tak pernah puas dengan apa yang dimiliki. kalau sejuk, mahukan panas. Kalau panas, mahukan sejuk. 


Tanpa aku sedar, dengan panas terik matahari itu, bunga dapat berkembang segar, mewarnai segenap ruang di negara-negara Eropah kini. Dan dengannya juga, pokok-pokok dapat mengeluarkan buah-buahan yang bermacam-macam jenis itu. Maha Suci Tuhanku yang Maha Pemurah,  terima kasih Tuhan. Oh ya, dan dengan panas terik itu juga baju-bajuku sudah bisa dijemur di ampaian. Yeay, alhamdulillah. 


“Seandainya kamu menghitung nikmat-nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan dapat menghitungnya. Sesungguhnya manusia sangat zhalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).” [Ibrahim : 34]


Lumrah kehidupan, apabila tiba musim panas di bumi Poland, mulalah rakyat-rakyat  jelatanya berpakaian tut..tut...tut... Pakaian yang pada kita, selayaknya dipakai dengan baju outer yang berlapis-lapis lagi. Huh, kesat peluh di dahi =_='' . Dan waktu-waktu begini juga lah, kami, pelajar perempuan muslim menjadi tumpuan mata-mata biru.


Teringat saat kaki melangkah masuk ke dalam bas, kebanyakkan mata-mata biru itu membuang pandang ke arah kami seminit dua. Ada yang berbisik-bisik sesama sendiri, dan tak kurang juga ada terlihat seorang kanak-kanak berbisik ke arah ibunya. Anggapan saya, ya mungkin sahaja si kecil itu bertanya kenapa kami 'membungkus' diri sedemikian rupa. 


Dan kami, hanya mampu tersenyum manis ^__^ :)




Jauh di sudut hati, mahu saja membuka mulut, menerangkan kepada mereka kenapa kami perlu berpakaian sebegitu, walaupun dalam keadaan panas terik itu. Bukankah....
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"(Fusshilat :33)

Ya, aku seorang Muslim, muslim yang hanif. Hamba kepada Tuhan yang Satu, Tuhan yang Maha Esa, Tuhan yang telah memberikan aku nikmat. Bisik hati kecilku.


Oh, ya. Untung saja Allah s.w.t. menganugerahkan satu benda penting itu ke dalam hatiku. Kerana dengannya, aku tetap teguh bertahan melaksanakan syariatnya pada saat ini. Dan  kerana tanpanya, aku pasti sama, tak ubah seperti mereka yang bermata biru. Alhamdulillah thumma alhamdulillah atas nikmat iman ini. Segala puji-pujian bagimu. 


Seribu, seratus, sepuluh ataupun sesatu, aku tidak mahu seperti mereka. Dan saksikanlah bahawa aku seorang Muslim.


Nota 1 : Yeay, alhamdulillah untuk  nikmat buah strawberri dan cherry.

Nota 2 : Doakan saya dapat tiket murah ke Malaysia yer ^_^

Nota 3 : Hohoho, final dah dekat. Doakan saya cemerlang dengan jaya, mengalahkan si dia yang bermata biru kehijauan. Demi Islam, insyaallah.

Nota 4 :  Selamat maju jaya 'pok ngoh' untuk bisnessnya. Moga rahmat Allah bersamamu. 


Friday 13 April 2012

21 Jamadil Awal 1433 Hijrah.


Assalamualaikum w.b.t


Aku ingin bergelar solehah
Akan ku tempuh hidup ini demi pengalaman
Akan ku semat iman demi Tuhan
Akan ku menjadi sebaik insan yang solehah
Akan ku lewati hari ini dengan penuh makna
Makna dengan cinta, ilmu, dan iman
Kerna dengan cinta hidupku menjadi indah
Kerna dengan ilmu hidupku menjadi mudah
Kerna dengan iman hidupku menjadi terarah
Dan untuk itu bersedialah untuk diuji. 

"Sesungguhnya  ganjaran yang besar itu datang dengan ujian
yang besar, apabila seseorang hamba itu mencintaiNya, Dia 
akan mengujinya. Kalau dia (hamba tadi) redha dengan
dengan ujianNya, maka Dia akan redha.Jika dia benci, 
maka Dia juga akan benci.



Sunday 25 March 2012

Mati.

I was having a short conversation with my housemates just now.


The background song was :



Saya : Korang, kalau kata kita meninggal dekat Poland ni, korang nak dikebumikan dekat mana eh?

Mereka : erk...-_-''

Nureen : Eh,  mesti lah kat Malaysia.

Saya : Saya nak dekat sini je lah korang. 

Nureen : Hah, serious ke Nik? Mak Nik setuju ke?

Saya : Erk, entahlah.. 

Nureen : Erm, Nik kena tanya mak Nik dulu lah.

Saya  : Ok....

Fiza : Kita rasa mak kita setuju je kut kalau kita nak dikebumikan kat sini. 

Nina :  Er, saya nak dikebumikan dekat Malaysia, tapi jauh sangat lah awak.. Berapa jam eh?? eish, lama kut.

Saya : Haah kan.. Mesti mahal kut nak kena bayar kan..

Nina : Erm....

Shikin : (angguk2, geleng2)

Tiba-tiba Ain Nabilah muncul.

Saya: Ain,kalau kata kita meninggal kat sini, Ain nak kena "tanam" kat mana?

Ain : Erk, nape tanya macam tu. Susah tu soalan tu.

Saya : Alah, saja je tanya. Mengingati mati tu kan bagus. Huhuhu...

Ain : Entah lah....

Kami :___________________Muhasabah -_-"

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? 
(4:78)

              
  
Nota 1 : Kena banyak istighfar. Mesti!!!

Nota 2 : Nak kena tanya mak soalan tu esok, insyaAllah!!!

Bahagia bersama mereka.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum w.b.t


02 Jamadil Awwal 1433 H.


Hujung minggu datang dan berlalu pergi begitu saja. Sekejap sungguh 48 jam ini saya rasakan. Sedih. Selalunya, bila tiba hari Sabtu lah, saya mula sedar, betapa cepatnya waktu berjalan. Kenapa hari Sabtu?  Ha, sebab hari Sabtu saya akan berjumpa dengan budak-budak comel lagi nakal ini.  




Sarah and her brother.







Tu dia. Nakalnya mengalahkan adik-adik saya di rumah.
Rafi. the most handsome kid. geram sangat-sangat dengan budakni. kecomelan melampau.




Sara yang chubby.
Sara 2 and Dhuha.
Alhamdulillah, sempat jemaah sama-sama.

Yeay, at least ada jugak benda yang bermanfaat dapat buat di hujung minggu.

Friday 23 March 2012

Saya Mahu Jadi Seperti Dia

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 


Assalamualaikum w.b.t


30 Rabiul Akhir 1433 H.


Alhamdulillah, baru je balik dari exam Physiology. Retake exam sebenarnya, selepas percubaan kali pertama tak berapa berhasil, masih diberi peluang kali kedua. Alhamdulillah juga untuk itu. Aduh, kepala masih pening-pening lalat. Kurang tidur barangkali. Oh, rasanya tidak. Mungkin kerana sel-sel otak penat bekerja. Ya, itu mungkin. Jangan tak tahu, saya tak pernah mengalami masalah kurang tidur. Terlebih tidur pasti!

Alhamdulillah, diberikan kesihatan yang sangat baik, bebas dari segala demam, selsema, batuk-batuk, dan lain-lain yang mungkin akan menghalang saya daripada menelaah buku-buku, nota-nota, dan presentation slides yang mana mungkin mampu dihabiskan dalam jangka masa yang pendek.

Alhamdulillah, dipinjamkan Allah s.w.t dengan kekuatan yang  luar biasa seminggu dua ini. Kekuatan yang mendorong saya membuka buku, mengulang kaji, menghafal  isi-isi penting, dan membolehkan saya mengaitkan satu fakta dengan fakta yang lain. Sesuatu yang susah nak buat pada hari-hari biasa, hari tanpa exam maksud saya.Alhamdulillah, diberikan Allah s.w.t dengan ilham dan idea sehingga saya mampu menyudahkan semua soalan sehingga akhirnya answer sheet saya selamat sampai ke meja professor. Betul atau salah,pass atau lulus itu belakang kira. InsyaAllah, pasti dapat apa yang terbaik untuk iman dan mudah-mudahan Allah Redha. Itu yang utama.

 Alhamdulillah, untuk satu proses yang saya rasakan cukup sempurna dan menarik. Mampu mendidik saya menjadi muslim yang bersungguh-sungguh. Mengajar saya erti tak kenal penat lelah. Membimbing saya menjadi muslim yang tak pernah putus asa. Memberi saya makna penyerahan yang menyeluruh kepada Yang Berkuasa. Subhanallah, sesuatu yang tak mampu ditafsirkan dengan kata-kata.

Seminggu dua ni, saya  punyai  satu kesedaran. Kesedaran mengenai betapa pentingnya umat Islam  perlu mendahului umat-umat lain di dunia. Ha, Alhamdulillah ya Allah untuk kesedaran ini.

Saya ada seorang groupmate lelaki, dari Sweden. Dia, seorang yang sangat saya kagum pencapaiannya dalam pelajaran. lulus dengan cemerlang dalam semua exam. Sangat luar biasa saya rasakan. Saya selalu tertanya-tanya, “macam mana lah mamat ni study, boleh ingat sebijik-bijik seperti dalam buku. Hafal berangkali.” Disebabkan oleh kegeniusan mamat ini, saya selalu mengharapkan dia lah yang akan menjawab soalan-soalan dan pertanyaan  yang diutarakan oleh lecturers di dalam kelas, especially kelas Biochemistry, yang menuntut setiap pelajar untuk aktif dalam kelas. Kalau tak nanti, cikgu akan upset, dan semua akan dimarahari, lantas semua akan dihalau keluar. Hehehe.

Sampai lah timbul kesedaran ini. Saya merasakan tidak patut saya ‘mempergunakan’ kawan saya itu untuk kepentingan peribadi say. Oh, begitu yer. Ya, begitu lah. Yang jelasnya, tak membawa keuntungan sedikit pun, malah menbuatkan saya jauh ketinggalan di belakang. Oh, Alhamdulillah ya Allah, kerana saya berpeluang belajar  sesuatu dari lelaki ini. Yeay……..


Pernah sekali dalam kelas Imunnology, kelas yang menuntut setiap pelajar untuk prepare before kelas, saya ditanya lecturer.Ditanya soalan berkait dengan topik untuk kelas minggu sebelumnya.Erk, saya prepare untuk kelas minggu ni je, minggu lepas tu tak sempat nak baca sangat. Hehehe. Dan, sedihnya, saya tak mampu nak menjawabnya seperti yang dimahukan cikgu.  Huh, seriously, saya rasa sedih. Sedih sebab saya fikir, saya dah menunjukkan  sikap muslim yang "tak productive". Not because I'm a Malaysian ok. Erm, macam tu lah..... :)


Buat sahabat-sahabat yang dikasihi,

Ya,kita pelu berubah. Berubah menjadi insan yang mempunyai wawasan dan cita-cita hidup yang jelas. Dengan wawasan dan cita-cita ini, kita perlu membina azam yang tinggi untuk mencapainya. Perlu berusaha gigih, tanpa kenal putus asa, dan jangan pernah menyerah kalah. Tak akan ada yang mampu mengubah hidup kita, selagi mana kita tak bertindak mengubahnya dengan tangan kita sendiri. Jangan bimbang tersungkur di tengah jalan, kerana Allah s.w.t. ada untuk kita berpaut dan bergantung pada-Nya. InsyaAllah.

“…Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah  keadaan  sesuatu kaum  sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri…..”   (13:11)


Saya suka kata-kata ni:


"Jangan biarkan hidup sehari berlalu tanpa menyumbang apa-apa kepada Islam" – Al marhum Ustaz Fadzil Noor


Ayuh, kita sama-sama......

Nota 1 : Jom jadi hamba yang bersyukur!!!

Nota 2 : Saya dalam usaha nak jadi sahabat yang baik, supportive, ikhlas,penyayang, pemurah dan mulia. Sporting pun, boleh lah. Tapi kalau dah awak buat salah disisi Allah, saya tak ada nya nak sporting- sporting ni.

Nota 3 : Oh, ye. Buat sepupu saya Farah Syuhada, tahniah atas kejayaan dalam SPM. Kak long dah lama tak jumpa awak, mudah-mudahan umur kita panjang, boleh bersua lagi InsyaAllah. Moga dipermudahkan segala urusan awk.


Nota 4 : kesedaran tu datang dari Allah melalui ini , DR. ZAIN

Nota 5 : Doakan saya CEMERLANG !!!