Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Saturday 19 November 2011

Ayuh jadi wanita super ^_^

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

(23 Dzulhijjah 1432H).

Menyedari hakikat sebenar bahawa diriku ini bukanlah seorang yang sempurna dalam bab agama, malah merasakan diriku ini ialah seorang muslimah yang masih merangkak dalam memperbaikki diri menjadi seorang yang solehah, yang masih lemah melawan nafsu-nafsu yang hadir, tetapi sesungguhnya ketahuilah bahawa aku mengakui dosa-dosaku ini dan memohon supaya  diampunkan oleh Allah s.w.t. Cuma, ingin ku sampaikan apa yang terlintas di fikiran danapa terdetik dihatiku untuk renungan sahabat-sahabat dan peringatan diri khususnya. InsyaAllah.

saya percaya secara fitrahnya semua wanita muslimah menginginkan akan kebaikan untuk diri mereka. mahukan diri mereka sentiasa sempurna dalam segala aspek kehidupan. walaupun hakikatnya, ramai yang tidak mengerti bahawa kebaikan yang sebenar dalam diri seorang muslimah adalah dengan mentaati segala perintah dan suruhan Allah s.w.t. Perasaan dan kemahuaan saya sendiri adalah ingin menjadi wanita solehah, wanita yang sentiasa mentaati segala titah perintah Allah, wanita yang sama-sama berjuang menyampaikan syiar Allah, seperti saiditina Khadijah yang sanggup berkorban harta benda Fii sabilillah, sehebat saiditina Aisyah dari segi ilmu pengetahuannya dan seperti wanita-wanita lain dizaman Rasulullah s.a.w secara keseluruhannya lagi. 

Firman Allah s.w.t :

"...Maka perempuan-perempuan yang soleh, adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga (mereka)...."
(4:34)

Wanita solehah itu auratnya dijaga, pergaulan dipagari, sifat malu menjadi perisai diri.Wanita solehah tidak bangga dengan kecantikan paras rupa, kerana kecantikan dalaman yang menjadi jagaannya yang utama.Wanita solehah tidak bangga dengan ilmu duniawi yang dikuasai, kerana ilmu ukhrawi yang dikejari. Wanita solehah tidak berdukacita atas kekurangan dirinya, kerana yakin itu merupakan takdir Ilahi. Wanita solehah tidak risau akan jodohnya, kerana yakin pada janji Allah s.w.t. Wanita solehah sentiasa bersyukur diatas apa yang ada, kerana usaha mendapatkan redha Ilahi lebih diutamakan.Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa. Akal mengatakan wanita cantik dengan ilmu yang dimilikinya. Hati mengatakan wanita cantik pada akhlaknya.

Subhanallah, bila hati ini berkobar-kobar dengan semangat ingin menjadi super solehah, menjadi yang terbaik di mata dan pandangan Sang Pencipta, maka saat dan ketika itulah juga hadirnya Sang Penggoda menghasut dan menbisikkan ke dadaku akan perkara mungkar yang akhirnya membuatkanku membuka pintu Qalbi (hatiku) untuk menyerah kepada nafsu yang hadir didalam diri. Tetapi ketahuilah wahai pemilik hatiku, sesungguhnya aku tidak pernah berputus harap dengan Rahmat dan Keampunanmu, ketahuilah sesungguhnya aku menyesal diatas segala dosa-dosaku itu. Wahai Pemegang hati dan nyawaku, maka, aku memohon dariMu Ya Allah akan kekuatan untuk aku sentiasa berpegang teguh dengan iman dan taqwaku ini. Jika aku tersungkur untuk kesekalian kalinya, aku pohon ke padaMu, jangan kau lari tinggalkan ku kerena aku sentiasa mahukanMu. 

Wahai hatiku, bila aku mengeluarkan ikrarku kepada Allah untuk menjadi wanita super solehah yang dipandang mulia kerana bijak dengan ilmu Allah,cantik dengan akhlak mulia, indah dengan budi pekerti, sehingga menjadi penyejuk hati pada yang memandang, aku benar2 mahukannya. SubhanAllah! Aku ingin yang sentiasa mengambil peduli tentang agama dalam setiap urusan hidup, yang di dalam hati sentiasa ada nama Allah s.w.t dan sentiasa mengamalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Ayuh sahabat-sahabat sekalian, kita mulakan dengan berdoa kepada Yang maha Berkuasa dengan menohon kekuatan dan semangat untuk memulakan langkah baru sebagai muslimah yang solehah. InsyaAllah..




0 comments:

Post a Comment