Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Friday 17 June 2011

Semusim Bersama Tarbiyyah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(15 Rajab 1432 H).
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....
Erk, kenapa dalam masa 2,3 hari lagi nak exam ni, saya rajin pula nak taip menaip ni...entah, maybe sebab ilmu Histology dah tak masuk dalam kepala ni....Rehat jap....
Alhamdulillah,  saya hampir menamatkan first year medicine study tahun ni walaupun ada satu paper yang tersangkut, dan ada 2 paper lagi on this 20th and 21st. tapi, insyaAllah, Allah will make it fine.ameen...

Dalam semenjak dua menjak ni, entah kenapa hati saya dijentik dengan kemanisan tarbiyyah.dengan kemanisan berukhwah, kemanisan usrah...mungkinkah itu hidayah dan taufik dariNya?? Mungkin....

saya rasa saya nak pakai tudung labuh, dan saya rasa tak nak dah pakai t-shirt singkat2.Dan tak nak tinggalkan sarung kaki saya...ya, saya nak berubah.saya nak berusaha sehingga tarbiyyah dan dakwah itu sebati dalam darah daging saya.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Saya dah diberitahu berkali2 oleh kakak usrah saya bahawa dakwah itu tak berat dan susah apatah lagi membebankan..Dakwah itu boleh dalam apa2 cara sekalipun.sebab seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan.insyaAllah, moga dipermudahkan niat saya.tapi yang penting kena ikhlaskan diri hanya untuk Ilahi dan demi Islam yang syumul.
Menyedari dimana sahaja kita ditempatkan oleh Allah utk menuntut ilmu, disitulah juga sebenarnya hidayah datang bersama kita. Subhanallah, Alhamdulillah ya Allah utk semusim tarbiyyah ini.mudah2an diriku sentiasa dalam REDHA dan RAHMATmu.dan moga ditempatkan aku dalam suasana tarbiyyah ini sehingga keakhir perjuanganku.
"ya Allah, janganlah Kau pesongkan hati kami setelah ia Kau berikan petunjuk. berikanlah kami rahmat-Mu ya Allah, kasih sayang-Mu Ya Allah..."
(Aali Imran 3:8)

0 comments:

Post a Comment