Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Thursday, 16 June 2011

Kenapa Saya Malas Baca Buku

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(15 Rajab 1432 H).
 Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah...

i need  motivation  please...i do lose my focus on my studies these few days...oh no, there're are still 13chapters of histology and 8chapters of  embryology to be covered in 5 days as my exam will be on this 21st.
do focus ok, amalina...please, please put the hard work on this, just for these 5 day untill then you can do anything else...everything you want...ok, please....

How's about this??

Tonight :  Epithelium & Glands
                    Connective Tissue
                    Cartilage And Bone
                    Muscle

Tomorrow :  Oral cavity
                          Alimentary Canal
                          Glands

Day After tomorrow :  Embryology(All Chapters)

Caiyok3.... 

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6)


Friday, 10 June 2011

Saya Diuji Lagi

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(09 Rajab 1432 H).
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar....

Saya geram dengan saya ni..geram sangat...kenapa saya masih rasa terkilan, masih rasa sedih, masih rasa yang negative tu bila ditimpa ujian...saya geram sangat ni...kenapa masih tak boleh berlapang dada bila ditimpa ujian...sedangkan saya tahu dan saya sedar semua ujian dan dugaan yang Allah timpakan itu tanda kasih sayang allah kepada kita...ibarat seperti saya faham teori semata2 dan bila datang part praktikal, saya FAIL...astaghfirullah3....betapa saya rasa kerdilnya diri saya ni....

tapi saya sedar, rasa sedih, rasa kecewa, rasa terkilan, mengeluh dengan ujian yang didatangkan Allah kepada saya itu tidak akan menguntungkan saya...sedangkan Allah memilih saya sebagai penerima ujian untuk menguji sejauh mana saya bersabar dan bergantung harap sepenuhnya kepada Dia, untuk mengajak saya mengadu dengan lebih manja kepadaNya....

terima kasih kak naqlis, kakak usrah saya yang sentiasa tanpa tidak putusnya memberi kata semangat kepada saya....mengajak saya untuk melihat ujian yang datang dari sudut yang sangat SWEET....

Moga dibekalkan Allah kepada saya dengan kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam menempuh mehnah dan tribulasi dalam hidup ini.....


Monday, 16 May 2011

Keep Motivated

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(13 Jamadilakhir  1432 H.)
 
Astagfirullahala'zim...Astagfirullahala'zim...Astagfirullahala'zim...
 
Selalu bila kita berharap  pada sesuatu, dan ianya tak dapat kita nak capai, mesti kita sedih....
Macam saya, baru je balik dari practical histo test  dan saya GAGAL....tak sedih, tapi perasan terkilan tu tetap ada...... Keluar je dari kelas tadi, rasa nak down juga, tapi cepat-cepat saya bisikkan pada diri saya....sabar Amalina, dunia je tu, akhirat lagi kekal sebab : 
                 
  Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). 
(29:64)
InshaAllah, i'm keeping myself motivated with this verse.....
and....I seek for your strength ya Allah.....

             .....kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).

Wednesday, 6 April 2011

Faham Konsep.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(03 Jamadilawal 1432 H.)
Selalu saya ingatkan pada diri saya, "Amalina, faham konsep please, faham konsep." Konsep apa ni?? Konsep Medic?? Konsep Anatomy?? Konsep Study?? or Konsep perkahwinan?? no, they're not....but "Konsep kejayaan!!!!"  I've got to know this concept from usrah. Masih teringat lagi apabila mula2 mengenali konsep ini bila Kak Timah (Naqibah Usrah), bertanya :
 "korang rasa kejayaan yang korang dapat selama ni, berapa peratus di sumbangkan oleh usaha korang??nik??"
"50%..."
"no, its 0%"
"hah???tapi kan Kak Timah, Allah kan berikan ganjaran tu setimpal dengan usaha kita??"
"yes..tapi ganjaran apa?? ganjaran pahala!!!  ingat yer...Allah tak berikan pahala pada seseorang itu bila mana dia mendapat kejayaan atau tidak...tetapi Allah memberi ganjaran pahala itu bila mana dia sedang berusaha..klu lah kita kata, ada usaha kita yang menyumbangkan kejayaan, let's say 50%, mestilah secara tidak langsungnya, bila seseorang berusaha lebih banyak, lebih tinggilah possibility untuk berjaya kan?? tapi, korang pernah tak tengok orang yang berusaha nak mati, study siang malam, tapi bila exam, fail jugak???...and ada sesetengah orang tu, kita tengok tak study sangat, asyik tengok movie lah, tido lah, tapi bila exam, wow, result gempak giler....so macam mane???"
"a'ah kan...."
"so, buat apa nak study?? perlu ke study ni?"
"eh, mestilah....."
"sebab??"
"he3......"
"erm....perlu...sebab Allah nak tengok  setakat mana kita bersungguh2, nak tengok macam mana kita bekerja untuk dapatkan sesuatu tu. perlunya jugak berstudy dan berusaha ni sebab kita nak kutip ganjaran pahala dari Allah s.w.t dengan menjadikannya sebagai satu ibadat, bukan disebabkan  exam semata2.."
"he3, insyaAllah...."


Kejayaan dan kegagalan tu akan datang silih berganti sebagai satu nikmat atau rezeki dan ujian kepada kita. Sering kali saya mengingatkan pada diri diri saya, jangan terlalu melihat kejayaan itu sebagai nikmat atau rezeki, tetapi sebagai satu ujian untuk melihat sejauh mana saya bersyukur terhadap nikmat yang Allah berikan. Dan sering kali saya memujuk diri saya untuk tidak bersedih bila mana ditimpa kegagalan kerana kegagalan itu mungkin salah satu cara untuk Allah mentarbiah diri saya dengan kesabaran dan ketaatan saya padaNya.  Alhamdulillah untuk kemanisan kejayaan. bersyukur juga untuk tarbiyyah dari kegagalan...


Semalam, after retake session of Anatomy, saya bertanya kepada seorang kawan saya yang kena retake...

"Macam mana?? ok tak??"

"Alhamdulillah, ok...pass!!"

"Alhamdulillah..."

Allah bersabda :

"Dan tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya? Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan yang jelas bagi orang-orang yang percayakan (ilmu dan kebijaksanaan Allah)."                                                        (39:52)
Alhamdulillah, Allah telah melapangkan rezeki kepada kawan saya ini...
Dan saya juga terdengar seorang groupmate saya (Norway people) bertanya kepada kawannya..
"How was it?? Did you pass??"

"yeah, i'm so happy, i pass...i should proud of myself"
"yes, of course...you should..."

Mudah2an kita tidak termasuk dalam kalangan yang mengucapkan kata2 itu bila mana diberi nikmat kejayaan atau nikmat apa2 sekali pun..InsyaAllah....

"Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu)."



p/s : doakan saya semoga saya berlapang dada menerima result Sociology saya pada hari Jumaat ini dan semoga saya berusaha mengharapkan keredhaannya dengan study saya untuk exam Anatomy pada hari Selasa depan.TQ.
 

Sunday, 27 March 2011

A hadis and a Quran's verse to be shared...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(23 Rabiulakhir 1432 H.)

Alhamdulillah,
I am still alive today and I'm still breathing in oxygen for me to walk and be a 'khalifah' of Allah..

First of all, i do like to tell those who are reading my post: i know that i'm not good writer and not good at all  in conveying my words....but, i still want to write it as a way to share with you what i do have and what's happening in my life.....no matter you like it or not....

erm,  suka saya nak kongsikan satu hadis Rasulullah s.a.w. that i like most :
" wahai kaum wanita, bersedekahlah dan banyakkan beristighfar, kerna sesungguhnya aku mengetahui bahawa kamu golongan terbanyak sekali di neraka...."
(hadis riwayat Bukhari dan Ibn Majjah)
girls, what do think or what do you feel when you read this hadis....Feel deadly nervous?? or cry maybe?? or crazily moody instead??? whatever feeling it is, let's know that this hadis bring us a warning so that we dont' take it easy in anyhing we do in this daily life...
Amalina, uwaga!!!!!!!!
"...dan hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan tudung hingga ke
dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kpd
suami mereka, atau ayah mereka atau..."
an-nur:31
One of the most easiest way which lead us to neraka....
secara jujurnya, sebagai seorang remaja yang sedang meningkat dewasalah katakan, saya pun punya keinginan nak bergaya juga...nak make up segala, nak shopping situ sini....nak pakai tudung ala2 siti  nurhaliza, dan nak macam2 lagi lah segala benda yang up-2-date tu....
tapi alhamdulillah, Allah buka mata hati saya untuk melihat segala 'keinginan remaja' itu dari sudut negative dan seterusnya rasa nak bergaya sebagai remaja up-to-date itu terhijab dengan sendirinya....moga saya kekal dengan cara ini....ameen....
i do like shopping, but i'm not qualified enough to be labelled as a shopaholic....teringat kata2 kak Naqlis : "semua yang kita buat dalam hidup nie mestilah niat kerana Allah...nak makan, tidur, study,bersukan even nak shopping sekali pun..." erm, i asked her back, "akak, nak shopping sebab Allah tu macam mana yer..."and she answered, "erm, contohnya,bila kita nak beli baju, kita belilah baju yang menutup aurat, dan kita bisikkan kat hati kita, erm, baju yang dah sedia ada tue kan macam dah ketat dan baju ni lebih besar or lebih labuh....."... rase2nya bila korang nak shopping tu, ada fikir tak benda ni.....saya pun kekadang lupa juga benda2 nie sumer bila dah berpinar biji mata tapi insyaAllah bila selalu diingatkan, kita akan buat....pernah sekali i bought a jean without trying it first...bila balik umah and try, macam terseksa pulak nak pakai jean tu...berfikir 2,3 kali juga nak bagi orang lain ke tak...tapi alhamdulillah, ikhlaskan hati bagi pada taranjit bila teringat hadis ni....kan saya dah kata saya suka sangat2 hadis ni....
semoga sama2 kita muhasabah diri supaya menjadi wanita solehah dan seterusnya dijauhkan oleh Allah s.w.t dari azab api neraka....
p/s: suka saya nak ingatkan, bila kita dah senang lenang buka aurat sana sini, kita secara tidak langsung dah bagi title "DAYUS" kat ayah, abang, or suami kita...nauzubillah, saya tak nak ayah saya digelar lelaki dayus....yah, orang sayang ayah!!!
 

 

 
 




Tuesday, 15 March 2011

~~~~~

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(11 Rabiulakhir 1432 H.)
Alhamdulillah,  i've done with embryology...ALLAH tolong.... dapat point 5 pulak tu..Subhanallah....
baiknya ALLAH...i've prayed that it's just enough if i pass, but HE gave an excellent result......alhamdulillah...
Done with embryology, it's time for abdomen....waaa~~~x baca satu habuk pun lagi pasal abdomen nie....
exam minggu depan dah.....ok2, esok2 start bac...he3......

now, i'm thinking to have new handset.....what i've now is :
 and what i want now is :




erm, tp tak taw la model nie ade ag tak sekarang sebab model ni agak lame dah.....
ah, tak kira nak jugak~~~next elaun!!!!!


Wednesday, 9 March 2011

Susahnya nak Jadi Baik.....

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(04 Rabiulakhir 1432 H.)
alhamdulillah, suka nak mulakan post kali dengan sepotong ayat yang maksudnya :
” Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.” [ Al-Baqarah 2 : 208]
sebuah kisah mengapa ayat tersebut diturunkan Allah kepada kita adalah pada suatu saat datanglah pemuka Yahudi menghadap Rasulullah Saw. mereka terdiri dari Abdullah bin Salam, Usaid bin Ka'ab, Sa'id bin Amru dan Qoiz bin Zaid.
tujuan mereka datang adalah untuk memeluk Islam tapi dengan syarat tertentu.
"Ya Rasulullah, hari Sabtu adalah hari yang kami hormati, maka biarkanlah kami tetap menghormatinya. Dan sesungguhnya kitab taurat adalah kitab Allah juga, maka biarkanlah kami menjalankannya dimalam hari," demikian kata mereka.


atas permintaan mereka Allah langsung memberikan jawapan dengan menurunkan ayat diatas.
Allah swt menolak permintaan para pemuka Yahudi yang ingin masuk ajaran Islam. Islam dengan syarat tetap menghormati hari sabtu dan tetap menjalankan taurat dimalam hari. jika ingin masuk Islam, masuklah secara keseluruhan; tidak mencampurkannya dengan yang lain. masuklah kedalam ajaran Islam secara keseluruhan , jangan diterima sebagian yang lain. 
Al Alusy rahimahullah berkata:
“Makna (dari ayat tersebut) adalah: “Masuklah kamu kedalam islam dengan seluruh dirimu. Dan jangan kamu biarkan sedikitpun, baik yang (berhubungan dengan) hal-hal lahir kamu maupun batin, melainkan dalam keadaan islam. sehingga tidak ada tempat bagi yang lain (selain islam). 
Telah maklum, bahwa syariah Islam mencakup seluruh aspek kehidupan. Tak hanya mengatur urusan individu, seperti ibadah, makanan, pakaian, atau akhlak. Namun juga mengatur kehidupan bermasyarakat dan bernegara, seperti sistem ekonomi, pemerintahan, pendidikan, sanksi, politik luar negeri, dan lain-lain. Semua wajib diamalkan tanpa terkecuali. Nyatalah bahwa jika kita menghendaki masuk Islam secara kâffah, maka keberadaan Daulah Khilafah menjadi niscaya.
Jom muhasabah diri kita :
 pernah tak korang mengalami situasi ni ????
               "Susahnya nak jadi baik...!! ade masa rasa macam iman kuat, and ade kekadang juga rasa malas je nak buat baik...malas nak baca Mathurat, malas nak solat sunat Rawatib, malas nak baca tafsir Quran....yang rajin, nak berfacebook, nak layan movie.....and kebanyakan masanya adalah malas berbanding nak buat benda2 kebajikan tue...."


itu apa yang berlaku kat diri nie....selalu je macam taw....dan teringat pula kata2 Kak Timah (kak usrah).."iman kita memang akan turun naik, sebab kita nie manusia biasa je...bukan macam para nabi yang sentiasa naik iman mereka, dan bukan juga seperti para malaikat yang sentiasa maintain je...so, sebab itu bila iman kita turun naik, kita kene mak sure yang ianya naik melepasi tahap iman yang sebelum nie..."(harap faham)Berbalik bila Allah cakap kita kene masuk Islam secara kesuluruhan(menyuluruh), so tak ade satu perkara even sebesar zarah pun dalam hidup kita sehari-harian yang terlepas dari Islam.makan, minum, tidur, baring, baca buku, tengah jalan, tengah dengar lecture, or ape2 aje mesti lah Islam kene bersama...macam mane tu???....kembali pada hukum Allah...cakap senangkan??? nak buat susahnya ya Allah....x pe amalina(pujuk diri sendiri)..cuba dengan perkara yang mudah2 dulu dan laksanakan amar makruf nahi mungkar......insyaAllah, akan tertegak Islam secara menyeluruhnya dalam diri nie satu hari nanti bermula dengan perkara remeh temeh nie .Oleh karena itu tidak sepantasnya bagi orang yang beriman kepada Allah (SAYA!!!) untuk meremehkan sebagian syariat dalam agama ini, selama itu datangnya dari Allah dan rasulNya. Hendaknya kita masuk kedalam agama ini secara keseluruhan dengan cara berusaha untuk menerima dan mengamalkan semua ajaran agama islam tanpa terlewatkan sedikitpun.
Wassalam........