Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Showing posts with label WANITA. Show all posts
Showing posts with label WANITA. Show all posts

Saturday, 19 November 2011

Ayuh jadi wanita super ^_^

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

(23 Dzulhijjah 1432H).

Menyedari hakikat sebenar bahawa diriku ini bukanlah seorang yang sempurna dalam bab agama, malah merasakan diriku ini ialah seorang muslimah yang masih merangkak dalam memperbaikki diri menjadi seorang yang solehah, yang masih lemah melawan nafsu-nafsu yang hadir, tetapi sesungguhnya ketahuilah bahawa aku mengakui dosa-dosaku ini dan memohon supaya  diampunkan oleh Allah s.w.t. Cuma, ingin ku sampaikan apa yang terlintas di fikiran danapa terdetik dihatiku untuk renungan sahabat-sahabat dan peringatan diri khususnya. InsyaAllah.

saya percaya secara fitrahnya semua wanita muslimah menginginkan akan kebaikan untuk diri mereka. mahukan diri mereka sentiasa sempurna dalam segala aspek kehidupan. walaupun hakikatnya, ramai yang tidak mengerti bahawa kebaikan yang sebenar dalam diri seorang muslimah adalah dengan mentaati segala perintah dan suruhan Allah s.w.t. Perasaan dan kemahuaan saya sendiri adalah ingin menjadi wanita solehah, wanita yang sentiasa mentaati segala titah perintah Allah, wanita yang sama-sama berjuang menyampaikan syiar Allah, seperti saiditina Khadijah yang sanggup berkorban harta benda Fii sabilillah, sehebat saiditina Aisyah dari segi ilmu pengetahuannya dan seperti wanita-wanita lain dizaman Rasulullah s.a.w secara keseluruhannya lagi. 

Firman Allah s.w.t :

"...Maka perempuan-perempuan yang soleh, adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga (mereka)...."
(4:34)

Wanita solehah itu auratnya dijaga, pergaulan dipagari, sifat malu menjadi perisai diri.Wanita solehah tidak bangga dengan kecantikan paras rupa, kerana kecantikan dalaman yang menjadi jagaannya yang utama.Wanita solehah tidak bangga dengan ilmu duniawi yang dikuasai, kerana ilmu ukhrawi yang dikejari. Wanita solehah tidak berdukacita atas kekurangan dirinya, kerana yakin itu merupakan takdir Ilahi. Wanita solehah tidak risau akan jodohnya, kerana yakin pada janji Allah s.w.t. Wanita solehah sentiasa bersyukur diatas apa yang ada, kerana usaha mendapatkan redha Ilahi lebih diutamakan.Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa. Akal mengatakan wanita cantik dengan ilmu yang dimilikinya. Hati mengatakan wanita cantik pada akhlaknya.

Subhanallah, bila hati ini berkobar-kobar dengan semangat ingin menjadi super solehah, menjadi yang terbaik di mata dan pandangan Sang Pencipta, maka saat dan ketika itulah juga hadirnya Sang Penggoda menghasut dan menbisikkan ke dadaku akan perkara mungkar yang akhirnya membuatkanku membuka pintu Qalbi (hatiku) untuk menyerah kepada nafsu yang hadir didalam diri. Tetapi ketahuilah wahai pemilik hatiku, sesungguhnya aku tidak pernah berputus harap dengan Rahmat dan Keampunanmu, ketahuilah sesungguhnya aku menyesal diatas segala dosa-dosaku itu. Wahai Pemegang hati dan nyawaku, maka, aku memohon dariMu Ya Allah akan kekuatan untuk aku sentiasa berpegang teguh dengan iman dan taqwaku ini. Jika aku tersungkur untuk kesekalian kalinya, aku pohon ke padaMu, jangan kau lari tinggalkan ku kerena aku sentiasa mahukanMu. 

Wahai hatiku, bila aku mengeluarkan ikrarku kepada Allah untuk menjadi wanita super solehah yang dipandang mulia kerana bijak dengan ilmu Allah,cantik dengan akhlak mulia, indah dengan budi pekerti, sehingga menjadi penyejuk hati pada yang memandang, aku benar2 mahukannya. SubhanAllah! Aku ingin yang sentiasa mengambil peduli tentang agama dalam setiap urusan hidup, yang di dalam hati sentiasa ada nama Allah s.w.t dan sentiasa mengamalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Ayuh sahabat-sahabat sekalian, kita mulakan dengan berdoa kepada Yang maha Berkuasa dengan menohon kekuatan dan semangat untuk memulakan langkah baru sebagai muslimah yang solehah. InsyaAllah..




Saturday, 17 September 2011

Kisahnya Ainul Mardhiah.


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(19 Syawwal  1432 H).

Jadilah bidadari di syurga...♥♥♥ Ainul Mardhiah ♥♥♥

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik


Kisah Sejarah Ainul Mardhiah...(bidadari syurga)

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......Ainul Mardhiah bermula disini

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama.... Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah Ainul Mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW... tapisekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada Nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar... benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....

Wallahu wa'lam...



Sunday, 27 March 2011

A hadis and a Quran's verse to be shared...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(23 Rabiulakhir 1432 H.)

Alhamdulillah,
I am still alive today and I'm still breathing in oxygen for me to walk and be a 'khalifah' of Allah..

First of all, i do like to tell those who are reading my post: i know that i'm not good writer and not good at all  in conveying my words....but, i still want to write it as a way to share with you what i do have and what's happening in my life.....no matter you like it or not....

erm,  suka saya nak kongsikan satu hadis Rasulullah s.a.w. that i like most :
" wahai kaum wanita, bersedekahlah dan banyakkan beristighfar, kerna sesungguhnya aku mengetahui bahawa kamu golongan terbanyak sekali di neraka...."
(hadis riwayat Bukhari dan Ibn Majjah)
girls, what do think or what do you feel when you read this hadis....Feel deadly nervous?? or cry maybe?? or crazily moody instead??? whatever feeling it is, let's know that this hadis bring us a warning so that we dont' take it easy in anyhing we do in this daily life...
Amalina, uwaga!!!!!!!!
"...dan hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan tudung hingga ke
dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kpd
suami mereka, atau ayah mereka atau..."
an-nur:31
One of the most easiest way which lead us to neraka....
secara jujurnya, sebagai seorang remaja yang sedang meningkat dewasalah katakan, saya pun punya keinginan nak bergaya juga...nak make up segala, nak shopping situ sini....nak pakai tudung ala2 siti  nurhaliza, dan nak macam2 lagi lah segala benda yang up-2-date tu....
tapi alhamdulillah, Allah buka mata hati saya untuk melihat segala 'keinginan remaja' itu dari sudut negative dan seterusnya rasa nak bergaya sebagai remaja up-to-date itu terhijab dengan sendirinya....moga saya kekal dengan cara ini....ameen....
i do like shopping, but i'm not qualified enough to be labelled as a shopaholic....teringat kata2 kak Naqlis : "semua yang kita buat dalam hidup nie mestilah niat kerana Allah...nak makan, tidur, study,bersukan even nak shopping sekali pun..." erm, i asked her back, "akak, nak shopping sebab Allah tu macam mana yer..."and she answered, "erm, contohnya,bila kita nak beli baju, kita belilah baju yang menutup aurat, dan kita bisikkan kat hati kita, erm, baju yang dah sedia ada tue kan macam dah ketat dan baju ni lebih besar or lebih labuh....."... rase2nya bila korang nak shopping tu, ada fikir tak benda ni.....saya pun kekadang lupa juga benda2 nie sumer bila dah berpinar biji mata tapi insyaAllah bila selalu diingatkan, kita akan buat....pernah sekali i bought a jean without trying it first...bila balik umah and try, macam terseksa pulak nak pakai jean tu...berfikir 2,3 kali juga nak bagi orang lain ke tak...tapi alhamdulillah, ikhlaskan hati bagi pada taranjit bila teringat hadis ni....kan saya dah kata saya suka sangat2 hadis ni....
semoga sama2 kita muhasabah diri supaya menjadi wanita solehah dan seterusnya dijauhkan oleh Allah s.w.t dari azab api neraka....
p/s: suka saya nak ingatkan, bila kita dah senang lenang buka aurat sana sini, kita secara tidak langsung dah bagi title "DAYUS" kat ayah, abang, or suami kita...nauzubillah, saya tak nak ayah saya digelar lelaki dayus....yah, orang sayang ayah!!!