Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Sunday, 25 March 2012

Bahagia bersama mereka.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum w.b.t


02 Jamadil Awwal 1433 H.


Hujung minggu datang dan berlalu pergi begitu saja. Sekejap sungguh 48 jam ini saya rasakan. Sedih. Selalunya, bila tiba hari Sabtu lah, saya mula sedar, betapa cepatnya waktu berjalan. Kenapa hari Sabtu?  Ha, sebab hari Sabtu saya akan berjumpa dengan budak-budak comel lagi nakal ini.  




Sarah and her brother.







Tu dia. Nakalnya mengalahkan adik-adik saya di rumah.
Rafi. the most handsome kid. geram sangat-sangat dengan budakni. kecomelan melampau.




Sara yang chubby.
Sara 2 and Dhuha.
Alhamdulillah, sempat jemaah sama-sama.

Yeay, at least ada jugak benda yang bermanfaat dapat buat di hujung minggu.

Monday, 19 March 2012

Sahabat Lama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


26 Rabiul Ákhir 1433.


Hidup berkawan mesti ada kisah suka dan dukanya kan. Kadang-kadang kita gembira bersama, dan ada masa kita sedih sendiri. Sepanjang hidup saya, saya temui macam-macam ragam sahabat, dan alhamdulillah sebab semua kawan, teman, rakan, sahabat saya baik-baik belaka.


Saya punyai seorang sahabat tertua, Shikin namanya. Kami berkawan seusia 5 tahun. Bersama-sama sekolah tadika sampailah ke MRSM. Saya membesar bersama-samanya. Tapi, tipulah kan kalau saya katakan yang persahabatan kami aman damai. Selalu je gaduh-gaduh manja dengannya. Hehehe. Selalu je, umpat-mengumpat, jeling-menjeling, tuduh-menuduh. Ops, sorry dear, time budak-budak dulu je. insyaAllah, sekarang tak lagi. Hehehe. Selain Shikin, ada beberapa orang lagi geng sekolah rendah saya, Jannah, Akma, Izzati, Fatin, Hazielah, Eka n Leha (kembar, lain mak, lain ayah), Syafika, Wani Hussin, Tirah dan ramai lagi lah. Subhanallah, sangat banyak kenangan di zaman sekolah kami. Yang saya paling ingat sampai sekarang ialah, lepas habis waktu sekolah, kami akan makan mee sup kat kedai dekat dengan sekolah. Boleh dikatakan tiap-tiap hari juga la. Aduh, rindu bangat sama kalian. Huhuhu.


Buat mereka yang bergelar sahabat kepada saya,


Aku rindu sama kalian. Apa khabar agaknya kalian sekarang? Aku harap baik-baik aja. Ku mohon pada Allah, panjangkan umur kita, moga kita bisa ketemu lagi InsyaAllah di hujung bulan 6 ni. Aku berdoa, mudah-mudahan kamu semua Berjaya dalam pelajaran. Diberi Allah kekuatan pada kita untuk tetap berusaha sampai ke akhirnya, insyaAllah. Pesan aku, moga kalian pandai menjaga diri, selamat daripada pelbagai mehnah dan tribulasi.




Syafika, Eka,Jannah dan Shikin.


Nota 1 : Selamat hari lahir buat sahabat selaku housemate saya sekarang, Hafisza. Doaku, semoga kamu panjang umur, dan berada dalam Rahmat dan Redha Allah selalu.  Sudah tua yer kamu.

Saturday, 19 November 2011

This is a random post.

Alhamdulillah, hari ni berkesemptan mengikuti kelas agama kanak2 muslim kat polish. Sempat jugak masuk satu kelas di mana kanak-kanak ni diajar tentang solat, azan dan perkara2 basic tentang islam. Kebanyakkan kanak2 dalam kelas ni ialah anak2 polish dimana bapa atau ibu mereka yang memeluk islam dan berkahwin dengan orang arab atau turki. insyaAllah, rasanya macam tu lah.


Semayang jemaah sama2.


Salah seorang pelajar tengah praktis azan.





    












jadi, minggu depan saya yang akan bertugas ajar budak2 ni mengaji Al-Quran. InsyaAllah, walaupun tak besar sangat sumbangan mengajar anak2 ini, tetapi berharap sangat ianya mampu mendekatkan diri mereka dengan Al-Quran. Ya Allah, moga saya terus istiqamah mudah2an. amin...

Monday, 19 September 2011

Ini Masanya....

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

(21 Syawwal  1432 H).

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Syukur alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t. untuk terus hidup di atas muka buminya dengan nikmat kesihatan yang baik, masih punyai peluang untuk terus mengejar ganjaran-ganjaran pahala buat bekalan akhirat kelak.

Alhamdulillah, dalam sehari dua ni, saya banyak menjenguk blog-blog yang sangat bermanfaat, semacam blog-blog itu seperti satu kelas ilmu yang sangat berguna. Alhamdulillah, sangat banyak blog-blog kepunyaan akhwat wa ikhwah yang telah mendapat tarbiyyah. Subhanallah, terasa diri ini sangat kerdil jika dibandingkan dengan mereka. Namun, perasan itulah yang membuatkan saya berUSAHA untuk terus memperbaiki diri menjadi yang lebih baik dari semasa ke semasa. InsyaAllah. Dipanjatkan setingi-tinggi kesyukuran kepada Allah Azza Wa Jalla kerana menghadirkan kesedaran dan hidayah kepada saya untuk berada dalam bia'h tarbiyyah selama mana saya berada di bumi Poland ini. Alhamdulillah. 

Saya tertarik dengan satu slogan yang saya jumpa dalam satu blog, "Campus life is all about dakwah & study. There's no time to be wasted". Subhanallah, terus membuatkan saya berfikir apa yang telah sia-siakan selama setahun bergelar mahasiswi. Saya recall balik apa yang telah ditempuhi dalam tempoh ini. Astaghfiruulahala'zim, it's not only dakwah and study, tapi banyak  sangat perkara lara yang lain dalam hidup saya selama ini. Tapi, alhamdulillah, rasanya tidak terlambat lagi untuk  saya duduk, berfikir, dan merancang dengan sebaiknya untuk sesi campus life yang baru. InsyaAllah. Saya percaya, sekali kita CUBA untuk berubah dan meninggalkan kehidupan jahiliyyah kita, kita tak akan pernah mengalah untuk bangkit buat kesekalian kalinya pada masa-masa akan datang andai kita tersungkur dan rebah dipertengahan jalan. Kerana, kita tahu iman dan motivasi kita akan turun dan naik sepanjang masa. Tapi, kita kena pastikan turun naik iman kita itu bukan ditakuk lama. 

Jom rakan-rakan, sama-sama kita jadikan CAMPUS LIFE  kita bukan hanya untuk mengejar segulung ijazah, tetapi juga sebagai satu platform untuk kita mengejar REDHA dan RAHMAT Allah s.w.t. InsyaAllah.
Afwan diatas segala kekurangan.

Jazakillah khoyran katheera.


It's not all about study, study, and study!!!