Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Showing posts with label Usrah. Show all posts
Showing posts with label Usrah. Show all posts

Sunday, 6 May 2012

Bulatan gembira Ku

15 Jamadil Akhir 1433 H

Assalamua'laikum w.b.t

Akhwat fillah,
Biznillah, Alhamdulillah, liqa'at kita semalam, liqa'at membina iman, liqa'at menyingkap sirah nabawiah, liqa'at mengingatkan satu sama lain, liqa'at mengajak kita muhasabah diri bersama-sama. Subhanallah, bahagia. ^_^

Alhamdulillah, semalam kita berpeluang  mengubah setting background Bulatan Gembira kita. Kita berkumpul di taman yang hijau dan indah untuk membina satu taman syurga di dunia ini.



"...Ketika beliau keluar tiba-tiba beliau dapati para sahabat duduk dalam halaqah(lingkaran).
 Beliau bertanya, " Apakah yang mendorong kalian duduk seperti ini?"
Mereka menjawab, "Kami duduk berzhikir memuji Allah atas hidayah yang Allah
berikan sehingga kami memuluk Islam."

Maka Rasulullah bertanya, "Demi Allah, kalian tidak duduk melainkan untuk itu?"
Mereka menjawab, "Demi Allah, kami tidak duduk melainkan untuk itu."
Maka beliau bersabda, "Sesungguhnya saya bertanya bukan kerana ragu-ragu, 
tetapi Jibril datang kepadaku memberitahukan bahwa Allah membanggakan 
kalian di depan para malaikat."
(Hadis Riwayat Muslim, dr Muáwiyah)

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Tersengih panjang, duk bayang-bayang syurga.
>_<

Tentulah saja yang paling utama, Allah di hati kita sepanjang kita bersama semalam. Kita sama-sama baca surat cinta Allah dan sama-sama kupas isinya. Ada yang kita dapati, nikmat Allah s.w.t kepada hambanya terlalu banyak. Nikmat dalam berbagai bentuk. Tapi, mujur saja kita sedar bahawa Allah mengingatkan kita jangan berlebih-lebihan  dalam hidup. Innahu laa yuhibbul musrifin. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebihan. Dan ada juga daripada antunna mengingatkan kita bahawa darjat kita di sisi Allah s.w.t bergantung kepada sejauh mana usaha kita dalam melakukan apa yang DIA mahukan.

"Dan masing-masing orang ada tingkatannya, (sesuai) dengan apa yang 
mereka kerjakan. Dan tuhanmu tidak lengah terhadap apa yang mereka kerjakan. 
( 6 :132 )


Subhanallah, Maha Suci Allah. Akhwat fillah, terasa sedih memikirkan pencapaian diri dalam menyumbang di JALAN INI. Mungkin saja diri ini jauh ketinggalan daripada antunna sekalian. Sedih T_T. Namun, syukurlillah, masih juga antunna mengajak kita semua bermuhasah diri. Ya, insyaAllah, masih belum terlambat memperbaikki amal dan membina amal untuk kehidupan yang lebih baik di sisi Allah s.w.t.

Akhwat fillah, kita bertemu dan duduk bersama kerana Allah s.w.t. Kerana kita sedar bahawa pertemuan ini adalah perkara asasi yang kita sangat perlukan dalam hidup kita seharian. Mana mungkin ipad, smartphones, dan laptop kita mampu terus berfungsi tanpa perlu kita recharge battery nya. Nah, begitulah juga iman di hati kita. Pasti sahaja akan empty kalau kita tak bersama-sama dalam pertemuan ini.  Alhamdulillah. ^_^


Kak Quila :  If we struggle for Him ( Allah s.w.t.), EnshaAllah He will make our life easy.
Just give 100 % our life to Him. And we do have Him to depend on.


Jazakillah kak Quila.
InsyAllah, untill we meet again next week...



Nota 1 : Alhamdulillah, tahniah buat sepupuku  (Azuwan) dan isteri (Azilah) atas kelahiran baby girl yang comel itu. Na doakan baby tu jadi anak yang solehah insyaAllah, amin. Azilah tu kawan sekolah rendah saya. Sama umur! Aduh, jelesnya. Erk, tak ada motif saya citer kan >-<



Tuesday, 8 February 2011

Dimana Kita Ditempatkan, Disitulah Hidayah Kita.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(05 Rabiulawwal 1432 H.)


Alhamdulillah3...syukur kehadrat ilahi atas segala nikmat yang telah dilimpah luahkan dariNya keatas kita.  Alhamdulillah juga sebab sekarang ni walaupun jauh di mata ayah bonda, aku masih seorang Islam dengan masih iman didada. Mudah2an ya Allah.


Semalam, aku dan roomates yang lain (Ain, Nina, n Shikin) pergi umah Kak Naqlis untuk berusrah. Alhamdulillah sekali lagi sebab aku terpililh untuk duduk sekali dengan diri yang sedang berusaha memperbaiki iman dan agama ni. Seriously, aku bersyukur sangat berada di antara mereka yang beriman ni. Kak Naqlis dan Kak timah. Mereka berdua insan yang sangat baik. aku bersyukur Allah hadiahkan mereka pada aku. Banyak sangat ilmu yang dikongsikan mereka dengan kami. (cita2 aku : nak juga jadi macam mereka)


Usrah semalam sangat best sebab banyak ilmu yang dapat. actually, memang macam tu. everytime usrah, memang rasa bersemangat semacam je. itu feeling yang paling aku suka. he3...best3.
suka  nak kongsikan dengan korang apa yang yerkesan dalam hati aku semalam: 
  • (9:24)
         " Katakanla h (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)"


 Subhanallah,....erm, ayat ni bagi tahu kita yang semua2 benda yang kita buat kat dunia kita kena     lebihkan urusan dengan Allah terlebih dahulu.  dan kita kena buat semua2 tu atas niat kerana Allah. memangkan kita tahu benda tu, tapi aku sendiri pun selalu je lupa.  Kak Timah bagitahu yang kalau kita buat
semuanya kerana Allah, nescaya kita tak akan letih. Ok,jom bayangkan yang kita study kerana Allah....so, kita tak akan letih dan rasa macam nak study je...oh, alangkah indahnya hidupkalau macam tu kan...

  • (2:208)  
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhan  dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."
  •  (29:45) 
"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."

Ops, terkedu sekejap bila Kak timah terangkan ayat ni.  Dia bagitahu yang sesetengah orang tu kita tengok bersolat, tetapi still buat kemungkaran, so, macam mana tu??. BOM!!! Macam ada batu je yang terhempap kat atas kepala ni. And terdetik lah kat hati ni, " ya Allah, tak diterima ke semua solat aku selama ni??? macam banyak sangat dosa yang terbeban di bahu ni....."takut sangat2 bila fikir balik.... 
insyaAllah, tu je yang nak disharekan.....semoga berguna untuk semua...
 Wallua'lam......
 p/s : if someone ask you sth, and you think that you don't know the answer, just say that you don't know.